Semanis Epal Hijau

Tuesday 24 April 2012

30 Akhlak Terpuji



Sekadar ingin berkongsi kepada pengunjung yang mengunjungi blog Semanis Epal Hijau.

 Akhlak adalah tingkah laku@perlaku,perangai dan sahsiah yang menjadi pegangan untuk seseorang  yang ingin berjaya di dunia mahupun di akhirat.Dan bagi menjamin kesejahteraan ,kebahagiaan dunia dan akhirat,marilah amalkan 30 Akhlak yang terpuji ini.InsyaAllah,moga akan diberkati hidup kita hendak-Nya.



30 Akhlak Terpuji

  1. Berani dalam segala hal yang positif,baik memperkatakan atau membela kebenaran dalam apa jua keadaan.
  2. Adil dalam memutuskan sesuatu tanpa membezakan kedudukan,status social ekonomi,mahupun hubungan kekeluargaan.
  3. Bijaksana dalam mengadapi dan memutuskan sesuatu.
  4. Mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.
  5. Pemurah dan suka menafkahkan hartanya,baik pada waktu lapang mahupun susah.
  6. Ikhlas dalam melakukan setiap amal perbuatan semata-mata kerana Allah.
  7. Cepat bertaubat dan meminta ampun kepada Allah jika melakukan suatu dosa.
  8. Jujur dan benar
  9. Tenang dalam menghadapi pelbagai masalah tanpa berkeluh kesah.
  10. Amanah.
  11. Sabar dalam mendhadapi setiap cubaan atau melaksanakan kewajipan ibadah dan kebaktian kepada Allah.
  12. Pemaaf.
  13. Penuh kasih sayang dan belas kasihan.
  14. Lapang hati dan tidak membalas dendam.
  15. Selalu optimis menghadapi kehidupan dan penuh mengharap kepada Allah.
  16. Menjaga diri dari segala sesuatu yang dapat merosakkan kehormatan dan kesucian diri.
  17. Malu melakukan perbuatan yang tidak baik.
  18. Rendah diri.
  19. Mengutamakan perdamaian daripada permusuhan.
  20. Tidak rakus terhadap kehidupan duniawi.
  21. Reda atas segala ketentuan yang ditetapkan oleh Allah.
  22. Setia terhadap teman,sahabat dan sesiapa saja yang berkait.
  23. Bersyukur atas segala nikmat yang diberikan atau musibah yang dijatuhkan dan berterima kasih kepada sesama umat manusia.
  24. Mengutamakan musyawarah dalam mengambil keputusan.
  25. Bertawakal setelah segala usaha dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
  26. Murah senyuman dan menampilkan wajah yang ceria.
  27. Menghormati dan menghargai orang lain.
  28. Menjauhi sifat iri hati dan dengki.
  29. Rela berkorban demi kepentingan dan kemaslahatan umat manusia dalam membela agama
  30. Sedia terhina,dihina atau rasa seperti dihina padahal sebenarnya diri dalam penghormatan kerana memahami tidak semua manusia lain ditemui itu juga berakhlak mulia.


Sumber:Sebuah Buku Diari Pengurusan 1998/1418-1419(Bitaqah Yaumiyah Pengurusan)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....