Semanis Epal Hijau

Friday 6 December 2013

Nasi Goreng

 Hari nie bf nasi goreng yang simple dan sedap,penuh dengan kaler2 untuk menarik perhatian anak-anak makan sayur(tgk jenis sayur jugak,kalau kangkung  anak2 tak nak).....tambah pulak ada 3 @ 4 keping keropok....errrmmm,mmg berselera betul!!....


Senang jer kalau nak buat anak-anak suka makan sayur,buat nasi goreng letaklah sayur bagai(saya suka letak kobis dan carrot.....itu dah cukup untuk membuatkan diorg makan sayur)....bila dah ada 2 jenis sayur nie,saya tak lah letak isi ayam ke,sotong@daging...segala isi2 tu mmg diorg x kan amik pun,kadang2 sempat lagi diorg pilih2 nasi yang tak de segala isi bagai....yg ada tu tolak ke tepi ......
Alhamdullilah,suka saya tgk kalau anak-anak saya makan sayur,sejak diorg kecil lagi saya mmg kerap beli 2 jenis sayur nie..... selain kobis,sayur bayam dan sawi pun  sayur fav anak-anak saya....tp bagi saya kalau ada cendawan pun sedap jugak!!

Tujuan saya meletakkan sikit minyak bijan adalah untuk menaikkan aroma nasi goreng tu.
Saya dan family selalu jugak makan nasi goreng kat restoran Italy  Bangi,ada rasa kesedapan pada nasi goreng tu,rupa2nya diorg letak sikit minyak bijan.Asyik teringat2 je nasi goreng restoran Italy tu.....Selain tu,ada juga resoran nasi ayam yunan kat bangi jugak,mmg sedap ayamnya..tu pun ada letak minyak bijan...ayam yg telah siap dipotong tu diletakkan dalam pinggan,kemudian ada lah timun jepun,daun2 sup,kicap cair dan dicurahkan sikit minyak bijan....



NASI GORENG
oleh:myda_ahmad
Bahannya:-
  • Nasi putih
  • Kobis beijing & kobis merah
  • Carrot 
  • Garam secukupnya dan serbuk pati anam knorr
  • Minyak
  • Telur
  • Setitis dua minyak bijan
Bahan tumbuk:-
  • Bawang merah
  • bawang putih
  • Ikan bilis
  • belacan
  • Cili padi
Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak,tumiskan bhn tumbuk hingga sedikit garing,masukkan telur,kacau2 bagi hancur.
  2. Masukkan nasi,gaul sebati,masukkan garam dan perasa.
  3. Masukkan sayur2,kacau lagi....(bila dah masukkan sayur,jgn masak terlalu lama,sekadar kobis tu layu aje).
  4. Masukkan sedikit minyak bijan,kacau sebati dan tutup api.

4 comments:

  1. nanti nk try la nasi goreng colorful ni....rusydi plk mmg suka sgt makan sayur...setakat ni semua sayur dia makan...petai pun dia bantai....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya ada geng mkn petai,sini saya org je yg mkn petai,semua pakat lari kalau ada bau petai...

      Delete
  2. bagusnya anak myda makan sayur…3A mmg susah le nak layan sayur especially Anis. btw mmg colorful & menyelerakan nampak nasi goreng tu. sometimes, simple tu la yg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! betul tu,yg simple semestinya sedap...kalau malas nk masak lauk,msk nie pun laku jugak!...

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....