Tak sempat nak makan 3 ketul,tgk2 dah licinnnn......itu dah didoublekan,lain kali kalau nak buat lagi kena di triplekan pulak...alhamdullilah,.dapat sambutan jugak roti puri@pau goreng yang mama buat nih!!hihihi.......
Sumber:Linapg@Teratak Mutiara Kasih
Bahan-bahan:-
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil yis mauripan
- 1/2 sudu kecil garam*
- 3 sudu makan minyak masak*
- 2 sudu makan gula*(boleh kurangkan jika x suka manis)
- 175ml air panas*
- 40-50ml air(jika perlu)-yg nie saya x guna pun,cuma saya tambah tepung sikit2 sbb adunan lembik
- Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:-
- Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata.Ketepikan.
- Satukan garam,gula,minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur.
- Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung(sedikit semi sedikit).Gaul dgn mengginakan garfu sehingga bercampur sahaja.
- Dengan menggunakan tangan,gaul adunan menjadi seperti serbuk roti/~breadcrumb~
- Jika perlu tambahkan air sedikit2 dan adun sehingga x melekat di tangan n menjadi doh.
- Tutup doh dengan kain bersih yang dilembapkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30 minit.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
- Pastu bolehlah dibahagikan dogh kepada 12 bahagian bulat yang kecil.Agak2lah saiz tu berapa ya.Linapg buat saiz bola golf.
- Canai doh seperti canai doh kuih karipap.
- Siap utk digoreng..goreng sebijik2 ok...
Tips utk menggoreng:
- Gunakan api yang kecil/sederhana..org cakap kena pandai main api..hehe...kalau guna api yg besar blh mnybbkan roti ni x mengelembong/naik kembong.
- Semasa menggoreng hendaklah disimbah2kan minyak ke atas roti ni..bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan..SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....