Semanis Epal Hijau

Tuesday, 10 December 2013

Menu tengahari ini

 Hari nie menu tghhari saya pucuk paku celur digandingkan dgn sambal belacan,alhamdullilah,sedap sungguh...nak bagi pucuk paku nie tak lebam,saya rebus air hingga mendidih dgn api yg besar,masukkan sikit garam....dh mendidih kuat,saya padamkan api,masukkan pucuk paku,golek2 dan angkat serta toskan.

  Sambal belacan saya nie simple je,tumbuk cili merah dan cili hijau hingga lumat,masukkan belacan ..saya bakar dulu belacannya,masukkan garam dan gula...serta perahkan limau bila nak makan.....


 Dan ikan pekasam nie,goreng aje hingga garing dgn api perlahan,bila dh nak agak2 garing sikit tu masukkan cili merah dan bwg merah ..goreng sekali hingga ikan dan bwg betul2 garing...

Sayur lemak kobis dicampur dgn kentang,carrot,tauhu kering dan soon.Bagi saya mmg cukup lengkap hidangan tengahari  ini,ada kuah,ikan masin,sambal dan ulam.Cuma masak lemak nie,kalau boleh tak naklah masak selalu,lain kali nak masak sayur cara rebus pulak....tapi apakan daya anak tekak nak jugak makan lemak2(lepas mkn lemak2 nie baru teringat lemak2 kat badan...huhuhu).......

2 comments:

  1. Sedapnya menu makan tengah hari Myda. Tu.... ikan pekasam kalau dimakan dengan nasi pulut
    memang sedap. Nak-nak lagi dicuaca hujan begini. Memang terangkat lah.

    ReplyDelete
  2. Saya dua hari lepas bermenukan pucuk paku... memang sedap..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....