Semanis Epal Hijau

Tuesday 9 October 2012

Vadei



 Ni bahagian ke 2,hasil rendaman kacang dhal semalam...telah selesai dibuat kuih vadei....blender siap2 & masukkan daun kari,serta jintan manis & simpan dalam petiais,pagi tadi baru bentuk2kan dan goreng..haa,nilah dia vadei utk bf saya pagi tadi......Resepi dari sini.Thanks utk resepinya.....



 Vadei
Resepi :http://rinnchan.fotopages.com/
Bahan-bahan: 
  • 250gm kacang dal 
  • 2 tangkai cili kering, dihiris halus 
  • 1 tangkai daun kari, dihiris 
  • 1/2 labu bawang besar, dicincang halus 
  • 1 camca teh jintan manis biji 
  • 1sk serbuk jintan manis-saya tambah
  • 1/2 camca teh garam, secukup rasa 
  • Minyak untuk menggoreng 

KAEDAH PENYEDIAAN: 
  • Rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam

  • Toskan hingga kering

  • Kisar kacang dhal hingga halus,tidak mengapa jika masih terdapat sedikit kacang yang tidak hancur.
  • Satukan semua bahan  di dalam satu bekas.Gaul rata.
  • Leperkan diatas tapak tangan yg dialas dgn plastik yg telah disapu dgn sedikit minyak.Ini utk mengelakkan dari melekat.
  • Susun di atas dulang beralas plastik yg disapu dgn sedikit minyak.
  • Goreng di atas api yg sederhana besar.
  • Siap digoreng.

6 comments:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....