Semanis Epal Hijau

Tuesday 30 October 2012

Sup Tulang Korban


 Selamat petang,sekarang dan time2 nie kat Bangi hujan,tapi taklah lebat ,renyai2 gitu.....Awal2 pagi tadi dh reneh@rebus tulang lembu,biarkan sambil2 membuat kerja2 rumah ......Kebetulan sup bumjut x de stok,larilah jap...nasib baik kedai kat belakang rumah je......

 Masa hari raya haji tu,kat surau sebelah rumah nie ada buat korban,3 ekor lembu.......tulang2 dapat dlm 2 plastik dan 1 plastik tu dagingnya........So,tulangnya yg 1 plastik nie,buat sup aje........

Agak2nyalah siapa yang nak ratah tulang nie yerk???my hubby??@anak2??...x mungkin!!! diorg nie kan mmg anti daging,Haaaa,siapa lagi kalau bukan tukang masak nya.Boleh habis ke ratah @ makan sorang2 nie....dahlah masak 5@6 ketui....tgh dok pikir nie,macamnane nak habiskan,haaa, tak pun bagi kucing makan......cian tgk kucing peliharaan bdk2 tu kelaparan.Tengok resepi ini dibelakang plastik sup tulang tu je.....ada sedikit olahan ikut citarasa saya...


SUP TULANG
Bahan-bahan:
  • 5@6 ketul tulang lembu
  • 2 kiub ayam knorr
  • 1 bungkus Sup Tulang Adabi
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Bawang goreng
  • Carrot
  • Garam secukupnya
Bahan tumbuk:
  • 1/2 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bwg putih
Bahan tumis(yg terdapat dlm bungkusan sup tulang)
  • 3 buah pelaga
  • 3 biji cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1  kulit kayu manis
Cara-cara:
  1. Basuh tulang dgn bersih & buangkan lemak2nya.
  2. Rebus  tulang  lembu dengan api yang perlahan sehingga empuk.
  3. Halia  di ketuk,bwg merah dan bwg putih ditumbuk halus dan ditumis bersama rempah ratus yang disertakan sehingga naik bau.
  4. Tuangkan bhn tumisan ke dlm periuk yang berisi rebusan tulang tadi.
  5. Masukkan carrot dan satu bungku Sup Tulang Adabi dan biarkan di atas api sederhana selama 1/2 jam atau sehingga kentang empuk.
  6. Angkat dan masukkan 2-3 tangkai daun saderi dan daun bwg.Sediakan untuk hidangan dengan menaburkan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....