Semanis Epal Hijau

Tuesday 16 October 2012

Kerabu Mangga....rasa sikit pasti nak lagi...



Mangga hasil daripada pemberian seorang rakan sekerja,telah ku kerjakan menjadi satu menu yang sihat,...dan ianya adalah kerabu mangga....
memang cukup menyelerakan bila makan dgn nasi ,tapi bukan nasi yea yang bertambah2,haaa.....nie yang best,takdelah asyik nak risau pasal berat badan ,hehehe....

Bila asyik  ratah kerabu mangga nie dan tak sedar dah berpinggan rupanya,maka perut akan kurang diisi dgn nasi pada sebelah ptg @ malamnya.....dh cukup dh utk hari ini....

Sedikit daripadanya telah kuberikan pada driver van sekolah anak dan sebahagiannya lagi kukirimkan kat tempat keje.....Wah!mesti seronok diorg dpt makan kerabu mangga hasil airtanganku ini.....

KERABU MANGGA
Bahan-bahan:
  • 2 biji  mangga muda -disagat
  • 2 biji cili merah-dihiris 
  • 2 biji bawang besar-hiris
  • 4@5 biji limau nipis-ambil airnya
  • sedikit sos ikan
  • 5 biji cili hijau-potong2 kecil
  • 3 batang serai-hiris halus2
  • Garam & gula secukupnya
  • Kacang tanah-goreng & tumbuk kasar

Caranya:
  1. Sagat buah mangga,campurkan semua bahan dalam satu bekas,Kacau hingga sebati bersama mangga.
  2. Bila dh cukup rasanya ,taburkan kacang tanah tumbuk dan gaul sebati.Sedia utk dimakan.
sedapnya ratah benda alah nie.......

2 comments:

  1. wah tak sangka lah banyak resepi sedap-sedap kat blog kamu..nanti nak trylah sambal totok tu..menarik

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....