Semanis Epal Hijau

Friday 29 June 2012

Kuih Lapis

  
Dah beberapa hari tak post entry, rasa rindu  sangat nak mengupdate entry2 baru.Projek hari ini nak menggunakan kaedah mengukus,haaaa.... apalagi kalau bukan kuih lapis....hehehe....Resepi terpilih untuk kali ini adalah dari sini .Terasa lemak2 santannya,lembut dan begitu enak sekaliiii,thanks tulip@myresepi untuk resepinya.Izinkan saya cnp disini yea utk tatapan anak saya dan pengunjung yang lain.Untuk yang masih belum mencuba,silakan mencuba....dan apa yang pasti "seronok sangat"bila ianya menjadi dan suka tengok kaler2nya yang berlapis2.....

Kejadiannya agak lembik sedikit.....mungkin lepas ni kalau nak try resepi ini lagi kena tambahkan sikit tepung jagung...



Kuih Lapis
Sumber:tulip77@myresepi
Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air
Cara-cara:
  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

10 comments:

  1. Seronokkan Myda kalau apa yang kita buat tu menjadi. Rasa lebih bersemangat nak cuba dan cuba lagi resepi yang lain pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ah betul tu kak amie....
      bila dh mencuba,lepas2 nie,kalau sedap akan ulang2 buat lagi....

      Delete
  2. assalam
    cantik kaler kuih lapis ni hijau kuning
    memang sedap nak lagi lemak2 manis
    emmm memang licin kena ngap he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap mama sara nur...cuma agak lembik sedikit...saya mmg suka sgt kaler2 hijau nie...tenang...hehehe

      Delete
  3. Cantiknyaa.... green aje macam epal.. kecur dah ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sha....tuanpunya blok mmg suka green,tu pasal ada kaler hijau tu.....

      Delete
  4. Salam kenal... cantiknya kuih lapis tuuu...dah mcm puding...kemas je...

    ReplyDelete
  5. thanks FnF sudi singgah sini...
    dan salam kenal juga dr saya,...kejadian luarnya nampak elok cuma teksturnya lembik sedikit....maybe next time nk kena ++ sikit tepung jagung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunjungan gan .,.
      saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
      dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
      di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....