Semanis Epal Hijau

Friday 1 June 2012

Grilled Chicken Chop


Selamat petang semua teman2 dan terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog ini......
Ni 2nd time buat grilled chicken chop,sebelum tu ada buat tapi x sempat nak snap gambar ,anak2 dh x sabar nak makan.....so ,ada bahagian yg dh dicubit2........segan pulak nk tayang......Errmmmm,kali nie buat nak tayang jugak!huhuhu.....Ok tak gambarnye?....Sebelum nak buat nie,fikir2 susah ke nak buatnye?......ha,bila dh buat... baru tau,rasa senang pulak buatnya...

Next time,kalau nk mkn,bolehlah msk sendiri je,dh x yah mkn  kt kedai lagi.....Kalau sorg tu bolehlah mkn kt kedai.Ni korem dah cukup 1/2 dozen lebih dh,nanti habis pulak duit kat poket,gara2 hanya nk mkn chicken chop nie....sekali-sekali tu bolehlah.....


 Tq wana yusof dan Qasehququinnie....kerana sudi share resepi grilled chicken chop yang sangat sedap ini.Rasa ayamnya memang enak,lembutttt,bahan perapnya memang terasa...cuma saya ada tambah sikit sos sesoning maggi semasa menggrilnya dan perahkan limau nipis keatas ayam ...
En hubby ,kalau teringin sgt nk mkn grilled chicken chop nie,dia akan ke dapur sendiri utk msk,tanpa menyuruh saya memasakkan utknya.....alhamudullilah,ringan tulang jugak en hubbyku....


Grilled Chicken Chop



Resepi:Wana Yusof@Potret Kasih
Sumber:Qasehququinnie.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )-saya guna 4 keping dada ayam
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan jus limau
  • 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
  • 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
  • Q tambah satu sudu besar madu

  Cara Penyediaan
  1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
  2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!


Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
  • 1 labu bawang besar ( potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
  • 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
  • 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
  • 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
  • Sedikit garam
  • Q tambah sedikit madu
  • Q tambah serbuk lada hitam  
Cara membuatnya:

  1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
  2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
  3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
  4. * jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
  5. ** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
  6. Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!
  7. Selamat mencuba!!!


SALAD TOMATO N TIMUN

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com 


Bahan2:
  • 1/2 batang timun dipotong dadu
  • 1 tomato saiz besar di dadu
  • mayonis secukupnya
  • sedikit gula
campur semua bahan dan gaul rata....boleh di sejukkan dlm peti ais jika suka..:)
*Saya tak buat salad ini,tapi saya gantikan dengan coleslaw.Resepi coleslaw saya amik dari sini .

Coleslaw
Sumber:Dayang Jack@myresepi

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 200gm kubis segar (dicuci dgn air garam dan dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar jika suka (dipotong dadu kecil)
  • 1 batang lobak merah (dihiris halus)
  • 4 sudu besar mayonis (sy guna mayonis Tesco)
  • 1 sudu kecil cuka makan-saya gantikan jus limau
  • sedikit daun sup (jika suka)
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  1. Gaulkan rata2 semua bahan di dlm satu bekas.
  1. Simpan di dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

MASHED POTATO

Resepi: Wana@Potret Kasih
Sumber: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2:

  • 6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 cawan susu cair - Q ganti dgn 1 sudu besar susu pekat + dgn air rebusan kentang 
  • sedikit daun bawang  (di potong2)
  • sedikit lada sulah dan garam

Cara membuatnnya:
  1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
  2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
  3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.









6 comments:

  1. wahhh sedapnya myda...cam terasa2 je kat tekak ni...saya pun ingat nak buat lagi ler...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam q...
      thanks utk resepinya,grilled chicken chop nie mmg sedappppp betul!dh lama sgt cari resepi ni,bila q tayang,baru rasa teringin lak nk buat jugak!

      Delete
  2. enak banget ni Myda... rajinnya dia buat grilled chicken chop!

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nk msk nasi bcoz ptg karang anak2 x de kt umah,diorg g kem solat bistari,takut membazir nasi ,so saya msk benda yg boleh abis dimkn....

      Delete
  3. salam Myda wah ni menu mata biru lagi ngancam dengan coleslow segalah sedapppppppp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala mkn sedap gak!...
      dh tau buat,lepas2 nie akan ada lglah menu cam gini....hehehe..

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....