Semanis Epal Hijau

Thursday 19 January 2012

Kuih Puteri Ayu

Assalamualaikum dan selamat petang.....
Sebenarnya semalam lagi nak buat kuih ini,kelapa pun dah beli semalam,tetapi tak berkesempatan kerana suami ajak gi hantar kereta untuk diservis di MTR Toyota Kajang......dia tak mahu duduk lama kat  sana ,katanya banyak kerja sedang menunggu....so,saya kena  drive sebuah lagi  follow dibelakangnya......

Hari ni nak cuba buat kuih ini dan nak gunakan kelapa yang tersimpan kt petiais itu.,nak dibuang sayang pulak.....bila dh siap masak,nampak macam kelapa tu kekuning2an....tak nampak putih.....tak apalah nie1st time buat,apa2 pun bila dimakan  sedap jugak.....saya buat 1/2 adunan saja.

Sumber resepi: mama kastam tioman @myresepi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/7291
  • 4 cawan tepung gandum-saya guna 2 cawan je
  • 1 1/2 cawan gula caster -saya letak 3/4 cawan
  • 3 biji telor -saya letak 2 biji
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air ) -saya letak 3/4 cawan
  • 1 sudu makan ovelette -saya letak 1sk
  • 1 sudu makan baking powder -saya letak 1sk
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepong ubi
Cara-caranya:
  1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.

2 comments:

  1. OK DAH TU cantik jugak nampak ... KUIH nipun belum dicuba lagi .. memang suka sangat kuih ni hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....