Semanis Epal Hijau

Monday 30 January 2012

Kek Oren

.
Assalamualaikum dan salam seawal pagi....
Jam didinding sudah menunjukkan jam 12.30am,
mata tersangatlah mengantuknya....baru balik keje jam 11.mlm....hari nie kena keje petang....
nak x nak,kena continue N3 nie yang petang semalam buat...
buat pun kelam-kabut,nak cepat habis....yelah,hati memberontak ingin nak buat kek oren in,tapi masa tidak mencukupi,last2 x fikir panjang terus buat aje...petang dh lah nak gi keje,hati kata sempat2.....buat....time nak gi keje pun tergesa2 nak cepat,akhirnya sempat juga kek oren nie masak.....
nie lah dia rupa kek oren saya.....kurang naik dan bantat,tapi alhamdullilah sedap jugak....saya godek2 resepi ni dari blog periuktanah.Menurutnya KAn pun ambil resepi ni dari Majalah Saji Online

Bahan-bahannya:
Bahan A:
200 gm mentega-suhu bilik
1 sudu besar ovelette

Bahan B:
5 biji telur gred A- asingkan kuning dan putih
225 gm gula kastor
35 gm susu cair
1 sudu besar perisa oren- k.An gunakan sunquick limau mandarin

Bahan C:
250 gm tepung superfine-
1/2 sudu teh garam
1 1/2 susu teh baking powder

Cara membuatnya:

K.An gunakan teknik buat kek macam zaman dulu-dulu sebab K.An agak fobia kek tak naik jika menggunakan teknik yang ditunjukkan kat resepi asal,

1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Pukul putih telur di dalam mangkuk berasingan hingga berbuih kental
3. Pukul kuning telur bersama gula hingga kembang. Cedokkan putih telur( yang kembang sahaja- sebab yang tertinggal tu adalah air yang selalu menyebabkan kek tak naik sempurna) dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Gaul rata. Masukkan adunan A dan pukul sebati menggunakan speed sederhana.

4. Akhir sekali campurkan pati oren, susu cair dan bahan C yang telah diayak bersama. Gaul rata. Masukkan adunan ke dalam loyang yang teah dilengserdan dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 160 -180 darjah Celcius hingga kek masak. (K.An gunakan loyang bulat berukuran 24 sm.) Sejukkan sebelum disapu krim keju.
*saya x sapu dgn krim, masih belum pandai lagi...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....