Semanis Epal Hijau

Saturday 21 September 2019

Ayam masak kicap pedas

Assalamualaikum semua....
Hari nie sis kerja sambil2 typing untuk blog sis yg baru nak update sikit2...Sejak bergelar ibu tunggal nie,sis sibuk dengan anak-anak kadang2 nak urus diri sendiri pun main lebih kurang jer....mana yg bole buat,sis buat....takpun tunggu sis cuti...
Sis suka amik gambar dan simpan gambar,tak kisahkan dalam google drive ,memory card tapi kalau kt memory card akan full nanti,so sis akan transferlah kat blog sis nie...maybe anak-anak sis bole tgk bila mereka nak cari resepi2 masakan nanti,walaupun resepi yg mudah dan simple.

sis masak simple2,janji kenyang perut dan anak-anak suka...tak gituuu.Resepi nie sis ada tambahkan sedikit cili kering untuk rasa kepedasan dari cili kering tu sendiri.Ada setengah org akan guna cili hijau atau cili merah.Sis guna cili merah besar utk hiasan.



AYAM MASAK KICAP PEDAS
Bahan-bahan:
  • Ayam 
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • 3 sekawan(kayu manis,bunga lawang,buah pelaga)
  • Kicap lemak manis
  • Bwg merah
  • Bwg putih
  • Halia
  • Cili kering-5-9 tangkai(potong,buang biji,rebus sekejap,basuh dan bersihkan)
  • Sos cili
  • Sedikit air
Caranya:

  1. Bersihkan ayam,lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam.Goreng hingga masak.
  2. Blender@tumbuk bwg merah,bwg putih,halia dan cili kering.(sis tak suka lumat sgt)
  3. Tumis 3 sekawan,masukkan bhn blender,masak hingga wangi.
  4. Masukkan sos cili,kicap lemak manis dan sedikit air.
  5. Masukkan ayam,kacau rata.Tutup api.


1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....