Semanis Epal Hijau

Wednesday 19 February 2014

Bubur Jagung

 Semalam ada kawan sekerja bagi jagung,daripada rosak begitu saja..elok saya buat sesuatu padanya...


Bubur Jagung
Bahan-bahan:
1 batang jagung,buang kulitnya,kopek atau rautkan biji2nya
1 kotak santan
500ml air
1@2sb gula merah
1/4 cwn gula pasir
2 sb biji sagu
secubit garam

Cara-caranya:
  1. Masukkan santan,air,jagung,gula pasir kedlm periuk dan didihkan dgn api perlahan.
  2. Bancuhkan gula merah dgn sedikit air panas,tapis dan masukkan ke dlm periuk tadi.Biarkan sebentar sehingga mendidih.
  3. Basuh dan toskan biji sagu.Masukkan biji sagu ke dlm periuk bubur tadi apabila ianya dah mendidih.
  4. Perasakan gulanya,masukkan garam ,agak2 jgn telalu manis,jika terlalu manis,masukkan sikit air dan didihkan lagi.
  5. Masak hingga biji sagu betul2 kembang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....