Semanis Epal Hijau

Wednesday 20 November 2013

Sotong masak Lada Hitam

 Menu tghhari tadi,sotong yg dah lama tersimpan dlm peti ais,biasanya ayam dan ikan lakulah....sotong @daging kurang sikit.....pilihan terakhirlah kiranya nie....masak yang mudah2 dan senang aje...cepat dimasak dan cepat dimakan,lepas tu bolehlah rehat2kan badan sambil menyambung semula tuisyen  anak2 yang di stopkan tadi ....elok ajar sendiri dari kita hantar ke tuisyen luar.....mahal x semestinya anak tu faham akan pembelajaran yg diajar di pusat tuisyen itu....

 Alhamdullilah ,setakat yang saya ajar sendiri di rumah,memang berbaloi...2 org anak yg ambil UPSR 2012 berjaya dgn cemerlang,seorang 5A dan seorang lagi 4A 1B....Dan kini mereka,saya hantar di SMK Jalan Empat,sekolah berprestasi tinggi di Bandar Baru Bangi......Kini  anak yg akan memasuki  tahun 5(2014) nanti sudah saya latih tubi di rumah.....In Sha Allah,besar harapan saya semoga dia mengikuti jejak kakaknya..Amin.


SOTONG MASAK LADA HITAM
Bahan-bahan:-
  • Sotong (lumurkan sedikit garam & serbuk kari)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam -ditumbuk
  • Sos Tiram
  • Lada Hijau(besar)
  • Tomato
  • Sedikit serbuk kari utk dilumur pd sotong
  • Garam & serbuk perasa
  • Minyak
  • Sedikit kicap cair
Cara-caranya:-
  1. Panaskan sedikit minyak,masukkan sotong dan goreng sekejap.Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan bwg merah,bwg putih dan halia,tumis sebentar...
  3. Masukkan sos tiram.lada hitam, kicap cair,lada hijau,tomato dan akhir sekali sotong yg digoreng sebentar  tadi...perasakan garamnya(tak perlu masukkan air kerana masa menggoreng sotong tadi dah ada air +minyak)..kalau nak kuah yg banyak boleh tambah air...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....