Semanis Epal Hijau

Friday, 29 November 2013

Karipap Pusing Noorsha-step by step

Gembiranya hati saya,bila dapat buat karipap pusing dengan jayanya.....Sebelum ini ada pernah buat,tapi yang pasti bukan tahun ini....masa uli tu elok aje dan senang,bila nak campurkan dua-dua doh tu,dah rasa macam payah,buat2 tak jadi jugak, dah give-up...buat je macam karipap biasa..memang tak pernah buat yang jenis karipap pusing ini....

Hari ini nekadkan hati nak buat lagi karipap pusing lagi.....alhamdullilah dgn berkat kesabaran saya,berjaya jugak buat......walaupun ada anak2 yang sibuk dok kacau dan main2 doh tuh.....

Kali ini saya rujuk blog Kak Noorsha,1001 Cerita 1001 Rasa.....kat situ ada ditunjukkan step by stepnya....saya nie dahlah tak pandai nak pusing2,bila ada step by step nya so,senanglah untuk saya memahami dan membuatnya....dan hari ini terlebih rajinlah pulak,nak buat tutorial sikit,bukan apa,nanti2 bila nak buat karipap pusing ini lagi tak payah lagi nak google....lagipun saya nie jenis yang pelupa ,lainlah kalau dah selalu buat.....nie buat pun setahun sekali gaknya.....


KARIPAP PUSING
Sumber:1001 Cerita 1001 Rasa@Noorsha blogspot

Bahan Doh Marjerin
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar marjerin

Bahan Doh Minyak
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk
secubit garam

Cara-cara Doh Marjerin
Satukan marjerin dan tepung gandum,gaul sebati dan kepal2kan kepada 5 bulatan sama besar..ketepikan.

Cara-cara Doh Minyak
Satukan garam ke dalam air sejuk,kacau sedikit hingga larut,masukkan ke dalam adunan tepung beserta minyak,uli hingga rata.Bahagikan kepada 5 bahangian bulatan sama besar..ketepikan.

(Lihat ilustrasi gambar step by step di bawah untuk memudahkan pemahaman anda:)
  • Perbandingan antara doh marjerin dan doh minyak,pastikan doh minyak lebih besar dari doh marjerin.
  • gelek sedikit doh minyak dan letakkan doh marjerin di tengah2nya..
  • Tutup doh marjerin menggunakan doh minyak..tutup rapat2 dan bentukkan bebola semula.
  • Doh marjerin yang siap dibungkus bersama doh minyak.
  • Gelek leper doh yang siap dibungkus seperti dalam gambarajah.



  •  Doh yang dah siap digelek.
  • Gulung doh yang dah siap digelek.
  • Doh yang dah siap digulung.
  • gelekkan doh yang digulung tersebut sekali lagi.
  • gulungkan semula seperti  dalam gambarajah.
  • anda akan dapat hasi gulungan terakhir seperti gambar dalam petak terakhir.


  • Gambarajah menunjukkan hasil 3 gulungan dari 3 bebola.
  • potong setiap satu gulungan dengan pisau anggaran ketebalan 1 cm setiap satu.
  • Gambar seterusnya menunjukkan hasil potongan gulungan tadi.
  • gelek adunan yang siap dipotong seperti gambar di atas..pastikan gelekan TIDAK terlalu TEBAL dan TIDAK terlalu NIPIS...gambarajah menunjukkan permukaan atas doh yang digelek.
  • Masukkan intinya dan kelim tepinya dengan kemas.Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.



 Inti Karipap Pusing
  • 3 biji kentang Russet
  • 1 batang carrot
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • ikan bilis
  • serbuk kari
  • serbuk cili,serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk pati ayam knorr
  • Garam dan air secukupnya
  • minyak

Cara-caranya:-
  1. Buang kulit kentang dan carrot,potong dadu,basuh dan toskan.
  2. Tumbuk bwg merah,bwg putih dan ikan bilis.
  3. Panaskan minyak,tumis bhn tumbuk...hingga naik minyak,masukkan serbuk kari dan serbuk cili,gaul rata dan masukkan sedikit air
  4. Masukkan kentang dan carrot, garam,serbuk pati ayam knorr dan serbuk lada sulah..biarkan dan masak hingga kentang dan carrot empuk dan kering sedikit.



 bagi saya yang nak mengidealkan berat badan nie,memang tak boleh makan dan buat selalu...tapi bila dah tak leh control, habis satu nak amik satu lagi....huhuhu...

2 comments:

  1. Syabas awak..cantik kejadiannya..dulu masa ada pembantu kak ina rajin gak buat karipap pusing ni...sekarang tak larat dah...keluar muscle kat lengan nanti..he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi,time cuti2 sekolah nilah saya dpt buat coz ada pembantu cilik.....bersemangat nak buat,alhamdullilah nasib baik jadi,lau x...ermmm,entahlah apa akan jd pd doh tu...

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....