Semanis Epal Hijau

Thursday 20 September 2012


Masak kari ayam utk potluck kat rumah Dr Azmi.Bahan2nya saya tak beli,klinik sponsor bahan-bahan,saya cuma masak je....buat dalam 2 ekor ayam.Resepi Kak Yatie nie saya gandakan utk 2 ekor ayam....
Resepi asalnya dari Mat Gebu.Saya cnp dari blog Kak Yatie.




BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam pencen (kalau nak sedap guna ayam kampung, Yatie guna ayam bandar je..)
  • 4 biji kentang
  • 3/4 senduk makan cili kisar (ikut pedas)
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • Air panas secukupnya
  • 1/2 camca besar minyak sapi
  • 1/2 cawan minyak utk menumis
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 14 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia tua
  • Secubit belacan (optional)
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS :-)
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong kepada 12 - 14 bahagian (ikut besar ayam), buang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 2 setiap biji dan rendam. Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, gaul rata2. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi. Tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar + rempah kari tadi dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang santan cair, dan tambah sedikit air panas hingga ayam tenggelam. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, masak hingga 3/4 empuk.
  4. Masukkan kentang (toskan), dan masak hingga kentang empuk (jika kering, tambah air panas). Tamah asam gelugor, santan pekat dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....