Semanis Epal Hijau

Thursday 20 September 2012

Jamuan Aidilfitri

 Pada 16 September 2012 yang lepas,kami satu family dijemput untuk menghadiri jamuan hari raya di rumah bos saya,Dr Azmi & Prof Dr Muhaya.Bukan hanya kami saja yang datang,malah seluruh warga kerja Pusat Perubatan Bangi,kenalan2 yang mengenalinya,sahabat serta sanak saudara turut hadir.

 Sebenarnya ini adalah jamuan potluck,saya diberi tugas masak kari ayam untuk dicicah dengan roti jala.Staf yang lain pun diberi tugas juga,ada yang masak ayam merah,rebus nasi empit,buat kuah kacang,buat bubur kacang dan masak lodeh.
 Tuan rumah  juga ada menyediakan masakan seperti rendang daging,dan yg special sekali 2 ekor kambing panggang serta kobis + mayonis.....kuih muih pun ada juga seperti karipap dan lopes.

Budak-budak seronok betul bila dapat main benda nie....


  
Iffat dan cik fifi baru nak start main,tapi cik fifi dah mula takut kerana budak-budak  besar sikit & yang lain main ganas2....jadi cik fifi yg kecik nie makin jadi takutlah.....


Hana Safiyyah pun main jugak,sambil2 main,ada yang terlompat-lompat menyebabkan benda nie senget sebelah,tu yg Hana Safiyyah rasa macam nak tergolek....




Tengok tu anak dara saya,Yaya bergayut kat tepi2 je,.......ada jugak dia main2 kat dalam tu....


Yang nie,memula nak masuk kat dalam nak main,bila ada yg terlompat2 tu,dia jadi takut..nak kuar cepat.....




Cik Fifi dah mula berpeluh,yelah main sakan....main pulak tu dengan budak2 besar.....


Dah haus,kita minum dulu.....


Antara lauk pauk yg ada di sana,ayam masak merah,rendang daging....






Lodeh,yg nie staff PPB masak......

Masa kami datang,belum ramai lagi tetamu yang datang,tapi kat dalam rumah tu macam dah penuh..mungkin sanak-saudara,kenalan yang rapat........kami dan staff yang lain hanya makan kat luar je....duduk di meja yang telah disediakan....Acara kitaorang luckydraw utk staff dan cabutan bertuah utk peneka yg tepat serta cabutan bertuah utk anak2.....hadiah memang lumayan sungguh,ada yg dapat periuk nasi ,Kettle,pengering rambut,kipas meja dan macam-macam lagi.......
Ini kali ke 2 kami staff PPB buat potluck kat rumah Dr Azmi.....sebelum2 tu kami buat kat klinik je......

Nilah kuah kari ayam yang saya masak utk potluck .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....