Semanis Epal Hijau

Monday 13 August 2012

Serunding Kelapa

Alkisahnya,serunding kelapa nie adalah lebihan daripada buat nasi ambeng tempoh hari.....tak banyak pun buatnya,1/2 biji kelapa je..tp x habis2 jugak....daripada membazir ,Insyaallah ptg nanti akan ku buat popia simpul@popia gulung.......

 Amik resepi dari blog Jom masak,jom makan-makan..Untuk membuat popia simpul@popia gulung saya sangai lagi serunding nie biar ianya kering & tahan lama.......



SERUNDING KELAPA
Sumber:http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com/2012/06/serunding-kelapa.html

Bahan-bahan:
  • 1 biji kelapa-ambil yang putinya saja.
  • Sedikit serbuk kunyit.
  • 4 ulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 hirisan lengkuas.
  • 1 tsp jintan manis.
  • 1 tsp jintan putih.
  • 1 tsp biji ketumbar.
  • 5 biji cili kering-rebus.
  • 2 batang serai.
  • 2 helai daun limau purut.
  • 1 keping asam gelugur.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:
  1. Gaul kelapa dengan serbuk kunyit dan goreng tanpa minyak sekejap.
  2. Jintan manis,jintan putih,ketumbar,serai,lengkuas,bawang merah,bawamg putih dan cili kering dikisar halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis hingga wangi.Masukkan kelapa parut,garam,gula,asam keping dan daun limau purut.
  4. Perlahankan api dan masak perlahan-lahan  hingga agak kering.
  5. Siap:)

2 comments:

  1. rajinnya buat serunding....kita beli je popia mini tu myda..heheeh

    ReplyDelete
  2. adalah sikit2....tu pun cik abg suruh wt nasi ambeng tempoh hari....nk beli mahallah qq...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....