Semanis Epal Hijau

Tuesday 28 August 2012

Ku kirimkan doa di pusara arwah abah dan ibu mertua

pusara arwah abah
 Kami tak berkesempatan untuk menziarahi pusara arwah abah di pagi raya kerana ketika kami  itu masih berada di kg hubby,Selama,Perak.Pusara arwah MIL pun bukan di Selama,Perak..hajatnya mmg utk bersemadi di Palong menjadi nyata.Arwah MIL pergi  2 tahun selepas arwah abah meninggalkan kami.....
pusara arwah MIL
Pusara MIL di Palong,Gemas.

anak-anak menabur bunga dan menyiram air di pusara toknya..
Semasa menziarahi pusara arwah abah,ku lihat banyak juga pusara yg bertambah,yang masih baru pun ada....dan kita yg hidup nie,mampukah  kita mengumpul amalan@bekalan untuk akhirat kelak nanti????....
Ya!Allah ...Engkau berilah kami keredhaan hidayah,ketaqwaan dalam kami melalui liku-liku kehidupan ini supaya kami sentiasa berada di bawah lindunganMu,tunjukkanlah kami jalan yang lurus (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.
Pusara arwah abah...
 Doa Rasulullah (saw) untuk yang telah meninggal dunia
Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:

Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

====
Nota: Apabila seseorang ingin berdoa seperti ini untuk seorang Muslim yang lain, dia boleh memasukkan nama orang tersebut menggantikan nama Abu Salamah didalam doa di atas.
Kredit sini.


Pokok bunga kemboja selalunya banyak ditanam di kawasan tanah perkuburan.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....