Semanis Epal Hijau

Sunday, 13 April 2014

Kerabu Ayam


Nie menu lunch saya dan family utk hari ini,memang sesuai utk yang sedang berdiet ,yg sedang mengidam pun boleh jugak hihihi......dengan rasanya yg masam2,elok utk menghilangkan rasa loya2 & mual2.....
pernah makan kerabu ayam nie kat kedai,tapi penuh dgn sampah je,ayamnya secoit jer.....bila buat sendiri nie puas hati,nak masam boleh tambah lebih jus limau,nak pedas leh tambahkan cili .....dan memang puashatilah....

Di sini saya nak share resepi kerabu ayam yang cukup mudah dan ringkas ini,olahan saya sendiri,mengikut citarasa anak tekak saya yg selalu inginkan yg masam2& pedas2 gitu.....Apa kata kita terus semak resepinya di bawah nie...



KERABU AYAM
Bahan-bahannya:-

  • 2 ketul ayam,bahagian dada
  • 2 biji tomato-di potong dadu 
  • 1@2 batang serai-racik halus2
  • 1 biji bawang merah-racik halus
  • Cili padi-ikut kepedasan masing2
  • Jus limau secukupnya
  • Daun limau purut-racik halus
  • Garam @sos ikan


Cara-caranya:-
Ayam direbus hingga masak,kemudian carik2kan,ketepikan.
Dalam satu mangkuk,satukan semua bahan2 kecuali jus limau & sos ikan,masukkan ayam yg diracik2 tadi.
Akhir sekali,masukkan sos ikan dan jus limau.Gaul mesra semua bahan2 tadi.Agak2 dah cukup rasanya,bolehlah dihidangkan ,nak ratah gitu aje pun boleh...



Agak2 dalam pantang boleh tak makan kerabu ayam nie?....

Sunday, 6 April 2014

Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran





Alamak!!!!sempat lagi tak yerk?tgk kawan2 dah join GA Kak Amie nie terasa ingin pulak saya nak join jugak.Sebenarnya memang banyak pengalaman bersalin dari anak pertama hinggalah anak yang ke 6.Setiap anak-anak yang keluar dari rahim ku ini semuanya mempunyai pengalaman yang bebeza-beza yang tidak dapat saya lupakan...

Sepanjang mengandung dari anak yang pertama hingga ke 6 memang mengalami alahan yang teruk,mual2 muntah2,pening2 tu memang perkara biasa,cuma kita kena pandai elakkan sebelum ianya berlaku.Sebagai staff klinik memang banyaklah yang ku pelajari dengan selalu bertanya pada doktor-doktor tentang kehamilan dan proses bersalin.

Tapi sekarang nie,semua maklumat dan info-info kehamilan hanya di hujung jari saja.Hanya rajin mencari dan membaca.

Oklah,kalau nak diceritakan seorang demi seorang anak  pengalaman bersalin memang indah dan banyak,tapi saya cuma nak story pengalaman bersalin untuk anak yang ke 6.Alhamdullilah semua proses bersalin dari anak pertama hingga ke 6 berjalan lancar,tiada apa2 masalah.

Tarikh:9/10/10

Seperti biasa,selepas pulang dari kerja shif malam,saya baring-baring di ruang tamu sekejap untuk merehatkan diri dari kemengantukkan bekerja di malam hari.Setelah penat dan ngantuk hilang,saya bangun untuk masuk kedapur,menyediakan makanan tengahari ,dalam masa yang sama dah terasa sakit kat bawah perut,tapi saya abaikan saja dan sambung teruskan kerja2 memasak.Masa itu jam baru menunjukkan lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Selesai kerja2 memasak sempat lagi makan,memang terasa sekejap sakit sekejap hilang.Masa tu,my hubby tak de kat rumah,dah pesan dah kat dia,jangan pergi kerja jauh-jauh.....Bila dah siap semua,terus duduk kat sofa,sambil sekejap2 jeling ke arah jam,dan sambil juga membilang sakitnya dengan masa yang diambil ketika sakit itu berlaku.

Masa tu memang sempat lagilah ambil penyapu nak menyapu ruang tamu yang hanya sekangkang kera tu...dan gagahkan jugaklah...Siap sudah menyapu ,duduk lagi kat sofa ,menghitung masa dan sakit yang dialami ketika itu....masa tu hanya boleh duduk menegak saja,nak menyandar tak boleh nak baring lagilah teramat sakit...last2 amik keputusan untuk duduk saja...sesekali tu ada jugak keluar masuk tandas beberapa kali....Sebenarnya saya teramat risau kalau2 terover due,nanti takut baby lemas ke@ kena induce,tu yg malamnya saya cuba2 minum air musofa.Due datenya seminggu lagi 16/10/10.Tapi dalam hati jugak terdetik,alangkah bagusnya kalau dapat bersalin pada tarikh 10/10/10.Kan best,tarikhnya pun cantik.

Segala barang2 dan keperluan untuk ke hospital memang sudah lama siap sedia....Masa tu hanya menunggu kepulangan my hubby saja.Tapi bila my hubby dah sampai rumah,saya masih lagi boleh duduk2 kat sofa itu lagi.....dengan menahan kontraksi yang sekejap sakit sekejap hilang.Bila dah kerap sakit selang 5 minit,barulah saya ajak my hubby gi hospital.Jam masa tu dekat pukul 2.30pm.Masa tu,hah!!memang baru rasa panik,takut2 tak sempat untuk sampai ke hospital.Memang betul!!tak sempat sampai pun....baby dah keluar.

Belum sampai 10 minit masuk kereta ,perut dah teramat sakit sangat ,berlaku kontraksi yang kuat,Sepanjang perjalanan memandu,my hubby pun dah panik,rasa kesian kat saya pun ada,ada tu dia suruh pergi ke klinik swasta yang berdekatan.Saya kata,mana boleh,tak booking pun,tak yah2 ,gi je hospital terus.

My hubby masih lagi meneruskan pemanduannya,saya yang duduk di sebelahnya,rasa memang dah masanya untuk saya melahirkan.Tanpa membuang masa,tolak kerusi dan turunkan ke belakang,saya selak saja jubah yang saya pakai tu hingga ke paras atas lulut dan seluar dalam pun saya bukak jugak.Tinggikan punggung dari kerusi supaya baby yang keluar nanti tak jatuh ke bawah...dan saya teran terus.....keluarlah baby  saya dari perut....masa tu memang tak rasa panik,hanya lega bila baby dah keluar.Syukur Alhamdullilah,Allah permudahkan segalanya.Cuma baby tak menangis je...

Lepas baby keluar tu,saya terus ambil,angkat dan terus letakkan atas dada saya,hubby cakap nak berhenti tepi ke?...saya kata ,tak yahlah....hubby pun teruskan pemanduannya dan segala lampu2 merah dilanggarnya dan ikut lawan arus.Lebih kurang 5-10 minit ,sampai juga ke hospital.Hubby terus panggil nurse dan beberapa oarng nurse datang ke arah kereta kami.Masa dalam kereta tu jugaklah nurse potong tali pusat baby.Takut2 jugak,kot2 nurse2 tu lemparkan kata2 pedas kat saya.....tapi,jauh sangkaan saya,alhamdulllilah,mereka semua bagi kata 2 semangat,"sabar2 dik yea".....lega hati saya bila nurse tak marah...

Selepas baby dibawa oleh nurse,saya pula di sorong dengan wheelchair masuk kedalam labour room untuk dijahit.Dan baby pula dibersihkan.Sekali lagi baby diletakkan di atas dada saya,sambil dijahit luka,sambil tu saya menatap wajah baby saya yang tak sabar-sabar nak keluar itu.Tanpa disedari air mata mengalir pabila melihat wajah si kecil yang comel.Kami namakan baby kami"NUR AIN SAFIRA" dengan beratnya 3.4kg.Dan yang paling seronoknya saya sudah capai matlamat saya untuk menyusukan anak saya sehingga lebih 2 tahun.Alhamdulllilah,syukur segala urusan penyusuan dipermudahkan segalanya.

Ini adalah susu yang dapat saya perah.Hampir setahun jugak,saya dapat perah,setiap kali perah akan dapat satu botol kecil.Masa perahan tu awal pagi jam 5.00 pagi.Satu hari satu botol.Bila saya kerja malam,hubby akan ambil satu botol untuk bekalan minuman baby pada malamnya.




Daripada yang lain-lain,anak inilah yang kuat menangis dan banyak ragamnya.Tapi kata orang kalau yang kuat nangis masa kecilnya,bila dah besar nanti bijak.ALhamdullilah,amin...Sekarang nie pun dia dah menunjukkan tanda2 kebijakkannya.Mungkin selalu tengok Ipad,kadang2 Ipad nie pun membantu jugak jika saya sibuk sangat.Bagi je Ipad kat dia,diamlah dia,senang saya nak buat kerja....hihihi...

umur dalam 3 bulan lebih

Umur dalam 7 bulan
Dah besar dah,tahun depan dah nak masuk tadika...

Dan sekarang ini menanti pula kelahiran anak yang ke 7 pula,In Sha Allah dijangka bulan September nanti.
Bila tengok orang lain mengandung,terasa ingin mengandung.Alhamdullilah,Allah masih lagi sudi memberikan kami zuriat lagi.Suka tengok perut sendiri yang bulat sambil membelai2 perut yang makin membesar.Syoknya!!!....

SAYA SUKA WARNA PUTIH DAN HIJAU








Wednesday, 2 April 2014

Ayam masak Tempoyak



 Teringat masa gi kembara Tasik Kenyir minggu lepas,time makan ada hidangan ikan patin masak tempoyak atas meja.Yelah gi pun sama2 dgn org N9,tu yg menu tempoyaknya x tinggal....,sebelum nie x makan pun gulai tempoyak.Agaknya lapar sangat, tu yg daripada tak makan tetiba jadi makan..bila makan dgn perut yg lapar berselera pulak,sampai bertambah2 nasi,digandingkan pulak dgn ikan pekasam goreng....fuh!!!siap berpeluh2 lagi menahan kepedasannya....

 Ntahlah maybe pembawaan budak kot,semua nak makan....walaupun dulu2 x pernah masak gulai tempoyak nie,la nie semua nak cuba makan...Rujukan ayam masak tempoyak nie saya jengah2 kat blog kak Rohah.Kalau nak tgk resepi asal bolehlah gi ke blognya yea.....Resepi yg kat sini saya dh kurang2kan coz masak utk sorang makan aje...dan daun kesum tu saya gantikan dgn daun kunyit.


AYAM MASAK TEMPOYAK 
Sumber rujukan:Blog Rohah@Damai Qalbu
Resepi dari Majalah Rasa

Bahan-bahan:
1 cawan isi ayam
1 batang serai-diketuk
Daun kunyit
Garam dan bhn perasa
air asam@asam keping
1 sudu besar tempoyak
1 cawan air

Bahan tumbuk:
1/2 biji bawang sederhana besar
2 ulas bawang putih
5@6 biji cili hijau
Kunyit hidup

Cara memasak:
Satukan bhn tumbuk,serai dan tempoyak ke dlm periuk,gaulkan sebati dgn ayam.
Masukkan air dan masak atas api sederhana sehingga mendidih .Masukkan garam dan bhn perasa.
Masukkan daun kunyit dan didihkan hingga kuah agak pekat.Angkat dan sedia dihidangkan.



Sedap dimakan dgn nasi panas2 dan ketika perut tengah lapar.....


Cekodok pisang


Memulakan entry untuk bulan April ini dengan kudapan cekodok @cucur pisang.Cuti sekolah seminggu yg lalu,adik berpantang kat kampung,bila nak balik ke Bangi ,mak kirimkan pisang emas yang masak ranum,geram sungguh  tgk pisang emas yg comel2 tu,kalau nak dibiarkan beberapa hari lagi,alamat masuk tong sampahlah......Semalam google2 ,ingatkan nak buat kek pisang....tapi masih tak keruan ,jap nak buat cekodok,jap nk buat kek..ntah yg mana satu gaknya.........Last2 pagi nie kerjakan jugak pisang tu,dapatlah nie dia hasilnya.....dan masih ada lagi pisang yg berbaki,Insya Allah esok lusa ke,kalau rajin buat kek pisang..kalau x rajin ,masuk terus ke mulut jelah....



CEKODOK@CUCUR PISANG

 Bahan-bahan:-
  • 9 ketul pisang emas 
  • 2 cawan tepung gandum(diayak)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 sb gula pasir
  • secubit garam
  • sedikit air(jika perlu)


Cara-caranya:-
Lenyek pisang,masukkan gula perang,gula pasir,garam,soda bikarbonat dan baking powder.Kacau sebati.
Masukkan tepung dan sebatikan semua bhn2.Masukkan sikit air jika perlu.
Panaskan minyak.Dengan menggunakan tangan,basahkan sikit dgn air,amik adunan sejemput2 dan masukkan dlm minyak yg sederhana panas.Goreng hingga masak.



Friday, 21 March 2014

Sotong goreng kunyit dgn kacang buncis

Tak semua orang suka makan kacang buncis,tapi saya mmg suka sgt makan kacang buncis nie.
Lain org lain citarasanya.Mungkin dari segi baunya kot selepas dimasak...
Sayur ini pun kaya dengan protein dan vitamin,dapat membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat seuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.Kacang ini juga dapat membantu mengatasi masalah mereka.Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.



Kacang buncis salah satu sayuran favourite saya,masaklah apa jenis pun,saya akan makan jugak...yg nie saya hanya goreng dgn sotong saja,kalau nak letak udang,bebola ke pun boleh jugak...

SOTONG GORENG KUNYIT DENGAN KACANG BUNCIS

Bahannya:-
beberapa ekor sotong
Kacang buncis-potong menyerong
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Serbuk kunyit

Bahan tumis di hiris:-
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
 Cili padi

Caranya:-
Sotong di siang,bersihkan dan potong kecil2.Lumurkan dgn serbuk kunyit & sedikit garam.
Gorengkan sekejap sotong,angkat ketepikan.
Masukkan bhn tumis,masak hingga sedikit layu,masukkan kacang buncis,kacau sebati.Masukkan garam.
Kemudian masukkan sotong,kacau sekejap dan terus tutup api.

Thursday, 20 March 2014

Cendawan Goreng

 Buat cendawan goreng untuk kunyah2,sambil tu sempat jugak mengupdate entry ke 2 untuk hari ini....
Maybe kalau anak2 semua ada kat rumah,dah habis agaknya cendawan goreng sepinggan ini,masih ada lagi berbaki banyak jugak....



CENDAWAN GORENG

Bahannya:-
Tepung beras
tepung jagung
sedikit tepung gandum
serbuk kari
kuib pati ayam Knorr
Sedikit garam
Serbuk lada sulah
Telur
Minyak utk menggoreng

Caranya:-
Carik2kan cendawan,cuci bersih dan toskan.
Pecahkan telur,campurkan dgn cendawan.Kacau sebati,masukkan sikit serbuk lada sulah.
Dalam bekas lain, campurkan semua jenis tepung ,serbuk kari,kiub pati ayam ,garam dan lada sulah.Gaul sebati.Amik sedikit cendawan tadi,gaulkan dgn tepung hingga rata.
Goreng hingga masak dan kekuningan.

Pau gebu dan Lembut

 Projek petang semalam nie,rajin2kan diri menguli doh untuk buat pau lembut.....penat menguli,banting2 sekejap...lepas tu uli balik dgn tangan.....sambil uli sambil banting2 doh itu......nak bagi elastiklah kononnya.....tu yg kejap2 banting.....alhamdulllilah lembut dimkn bila panas,tapi liat sikit bila dh sejuk,jadi bila nk makan kena kukus sekejap....



 Saya doublekan adunannya,cukup untuk saya dan siap tapau untuk adik2 lagi....anak2 kurang sikit dgn pau nie......



Resepi nie google jumpa kat blog dinaz,bila nampak kegebuaannya terus tertarik untuk membuatnya...Resepi asalnya dari  Kak Ton@myresepi.Apa2 pun terima kasih kerana sudi share resepi pau lembut ini.Halalkan saya panjang2kan resepi ini kat sini pula.....
Intinya saya guna inti kelapa aje.....lagipun mudah untuk disediakan....





Resepi:Kak Ton@myresepi


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener-saya guna bread improver
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba..