Semanis Epal Hijau

Sunday 13 April 2014

Kerabu Ayam


Nie menu lunch saya dan family utk hari ini,memang sesuai utk yang sedang berdiet ,yg sedang mengidam pun boleh jugak hihihi......dengan rasanya yg masam2,elok utk menghilangkan rasa loya2 & mual2.....
pernah makan kerabu ayam nie kat kedai,tapi penuh dgn sampah je,ayamnya secoit jer.....bila buat sendiri nie puas hati,nak masam boleh tambah lebih jus limau,nak pedas leh tambahkan cili .....dan memang puashatilah....

Di sini saya nak share resepi kerabu ayam yang cukup mudah dan ringkas ini,olahan saya sendiri,mengikut citarasa anak tekak saya yg selalu inginkan yg masam2& pedas2 gitu.....Apa kata kita terus semak resepinya di bawah nie...



KERABU AYAM
Bahan-bahannya:-

  • 2 ketul ayam,bahagian dada
  • 2 biji tomato-di potong dadu 
  • 1@2 batang serai-racik halus2
  • 1 biji bawang merah-racik halus
  • Cili padi-ikut kepedasan masing2
  • Jus limau secukupnya
  • Daun limau purut-racik halus
  • Garam @sos ikan


Cara-caranya:-
Ayam direbus hingga masak,kemudian carik2kan,ketepikan.
Dalam satu mangkuk,satukan semua bahan2 kecuali jus limau & sos ikan,masukkan ayam yg diracik2 tadi.
Akhir sekali,masukkan sos ikan dan jus limau.Gaul mesra semua bahan2 tadi.Agak2 dah cukup rasanya,bolehlah dihidangkan ,nak ratah gitu aje pun boleh...



Agak2 dalam pantang boleh tak makan kerabu ayam nie?....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....