Semanis Epal Hijau

Wednesday, 11 January 2012

Kuih Lapis lagiiiii....

Assalamualaikum .........
Kuih Lapis adalah salah satu kuih muih tradisi turun temurun.Cara pembuatannya pun cukup senang dan mudah.Kini Kuih Lapis ini telah divariasikan dengan pelbagai warna mengikut citarasa...kalau dulu2 saya hanya jumpa yang warna merah putih saja.Sekarang nie bermacam -macam warna.Kuih ini juga sesuai utk dijadikan minum petang ditambah pula dengan teh o panas......

 Oklah, hari nie  saya nak buat kuih lapis lagi.....tapi nak tukar warna pulak ....sebelum nie buat warna merah putih,kali nie nak cuba pulak warna hijau putih....pewarna hijau tu,saya gunakan yang perisa epal....
asyik tertangguh aje.....tp hari nie betul 2 nekad nak buat jugak  ....alhamdullilah menjadi juga akhirnya  .......untuk juadah minum petang saya dan anak2(suami tak suka kuih yang manis2 nie)





lapisan atas nampak lembik sedikit.tp memang sedap.......
 

 Resepi dan bahan-bahannya sila klik SINI.Jom makan.....

Monday, 9 January 2012

Ayam Kentang bersos tomato

Assalamualaikum dan selamat tengahari.....
Hari nie masak sempoi je dan cepat.....iaitu masak ayam dengan kentang bersalut cili dan tomato.Masak pun kena pantas,main campak2  dan lebih kurang je....... masak hanya 1 menu je utk hari nie,kelam kabut sikit kalau waktu sekolah jap lg nk nk hantar anak ke sekolah dan ambik anak yg sesi pagi pulak balik,lagipun  tak ada org kat rumah,anak2 semua sekolah....yg ada kt rumah pun masih kecil lg...diorg ,saya masakkan bubur nasi aje....ni pun sambil2 menunggu anak2 balik sekolah ,sambil mendupdatekan N3 menu  tgh hari nie....






by:myda_ahmad
Bahan-bahannya:
1 mangkuk ayam(dipotong kecil2)
Serbuk kunyit
1 biji kentang-dipotong memanjang(ikut suka)
1 asam keping
garam dan bahan perasa
____________________
Bahan kisar
1 /2 labu bawang merah
3 biji bawang putih
4 biji cili merah besar
2 biji cili hijau (kecil)
sedikit belacan
1 biji tomato-diblender sekali)
minyak
garam dan bahan perasa

Cara-caranya:
1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit,garam dan gorengkan.
2.Kentang dipotong -potong ,kemudian digoreng hingga garing dan masak.
3.Tumiskan bahan kisar,hingga sedikit kering,masukkan asam keping,garam, bhn perasa,ayam dan kentang.


********************************************
myda_ahmad

******************

Mee Siput goreng mamak

Assalamualaikum.......
Semalan teringin nak bf mee goreng,tapi bahan mee kuning x adalah pulak....cuma yang ada mee siput yang bulat2 dan kering tu.....tak apalah mee siput pun mee siputlah.....lagipun dah lama mee siput nie terperap kt dapur.....so,apalagi jom kita mulakan proses masak-memasaknya....



by:myda_ahmad
Bahan-bahannya:
4 keping mee siput(direndam dlm air suam-nak cepat kembang)
1 pokok sayur sawi-di potong pendek
1 biji telur


Bahan utk menumis
1 /2 labu bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
sedikit belacan
________________
2 sb sos cili
2 sb cili kisar
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
garam dan bahan perasa
minyak
___________
tomato-hiasan
limau nipis


Cara-caranya:
1.Mee siput direndam ke dlm air suam supaya cepat kembang.Bila dh kembang,toskan.
2.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan belacan.
3.Tumis bahan yg ditumbuk hingga sedikit garing,masukkan cili kisar,kemudian masukkan sos cili,sos tiram,kicap manis.
4.Masukkan mee siput dan pecah telur kedlmnya.Kacau rata hingga masak.Masukkan garam dan bahan perasa dan masukkan sawi.
*Jika nak sedap lagi,perahkan limau nipis .


*********************************************
myda_ahmad

******************

Kek Coklat Moist

Assalamualaikum .........
Hari nie saya nak cuba buat Kek Coklat Moist dan ini percubaan yang ke 2 kalinya.1st buat hanya guna tepung ready mixed ....kali nie nak try tepung yg  ada kat dapur.....dan saya nak try buat menggunakan resepi dari blog Bukan Sekadar Masakan.Dan kalau nak tgk resepinya klik SINI.Izinkan saya c&p kat sini juga yea.....






Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahanya:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam (saya letak 1/2 cawan air suam)
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)---saya letak 1/2 cawan koko + 1/2 cawan susu UHT perisa coklat)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila


*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

Tuesday, 3 January 2012

Mee Goreng

Assalamualaikum dan bertemu kembali.....
Lepas N3 Kuih lapis diposkan kini tibalah giliran N3 Mee Goreng .Mee goreng nie sebenarnya utk breakfast hari Ahad yang lalu,cuma terlalu sibuk sejak kebelakangan nie,maklumlah cuti sekolah kian tamat....dan akan bermulalah penggal persekolahan yang baru utk tahun 2012....Lagipun anak2 yang bersekolah ada 4 orang, dan segala kelengkapan dan persiapan utk persekolahan mesti disiapkan dengan segera.....


Oklah berbalik pada Mee goreng kita tadi yea.....sambil2  tu tgklah gambarnya sekejap......sebelum kita terus kpd bahan-bahannya......




 Mee Goreng .....kalau ikutkan anak2 pun kurang suka makan mee goreng ,tapi kalau bihun goreng memang laju.....buat 1 bungkus pun masih ada hingga ke tgh hari......mamanya jugak yg kena habiskan....


 Mee Goreng
by:myda_ahmad
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning(dibasuh)
Taugeh
Sawi
1 batang sosej(dipotong kecil2)
1sb sos tiram
3 sb sos cili
3 sb kicap manis
garam dan bahan perasa
sedikit air
minyak
bawang goreng& tomato(hiasan)
______________________
Bahan kisar
10 biji cili kering
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit ikan bilis


Cara-caranya:
1.Tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak,kemudian masukkan sosej.
2.Masukkan sos tiram,sos cili,kicap manis,garam dan bahan perasa.Masukkan juga sedikit air.
3.Masukkan mee kuning,gaul sebati.
4.Akhir sekali,masukkan sawi dan taugeh.



*****************************************************
myda_ahmad

*******************




Kuih Lapis Tradisi

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2012......
Untuk tahun baru 2012 blog SMM diserikan dengan sejenis kuih tradisi iaitu Kuih Lapis.Sebenarnya dah lama  teringin nak buat kuih nie......cuma menunggu masa yang sesuai je....dengan sifat kerajinanku....dan  hari nie saya cuba rajinkan diri utk membuat kuih lapis ini.....alhamdullilah menjadi jugak....hihihi....Belek2 punya belek terjumpalah satu resepi kuih lapis yang ringkas dan adunannya pun tak banyak....almaklumlah anak2 tidak begitu suka kuih2 yg lembik2 nie.....


 Terima kasih kepada tuanpunya resepi ini  yea kerana sudi berkongsi resepi....dan saya suka tengok kuih yang berwarna-warni....cantik sungguh!.....Lain kali nak cuba warna lain pulaklah....



Izinkan saya panjangkan resepi kuih Lapis nie,mudah2an berguna utk suatu hari nanti dan panduan utk anak dara saya yang kian meningkat remaja nanti....

Kuih Lapis Tradisi

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.---saya tak tambah lagi pewarna,ikut yg mula2 tadi.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.

Saturday, 31 December 2011

Roti Goreng Telur

Assalamualaikum....
Roti goreng telur nie adalah makanan favourite anak2 saya....biasanya kalau anak2 x nak makan malam ,saya akan goreng roti dengan telur je....sekejap je dh licin.....

Bahan-bahannya:
Roti gardenia
2 biji telur*
1sb mayonis*
1sb cili giling@kisar*
sedikit garam*
minyak

Caranya pun mudah saja,campurkan kesemua bhn bertanda *.Kacau rata.Celupkan roti ke dlm telur td dan goreng dengan minyak yg sedikit.