Semanis Epal Hijau

Thursday 20 March 2014

Pau gebu dan Lembut

 Projek petang semalam nie,rajin2kan diri menguli doh untuk buat pau lembut.....penat menguli,banting2 sekejap...lepas tu uli balik dgn tangan.....sambil uli sambil banting2 doh itu......nak bagi elastiklah kononnya.....tu yg kejap2 banting.....alhamdulllilah lembut dimkn bila panas,tapi liat sikit bila dh sejuk,jadi bila nk makan kena kukus sekejap....



 Saya doublekan adunannya,cukup untuk saya dan siap tapau untuk adik2 lagi....anak2 kurang sikit dgn pau nie......



Resepi nie google jumpa kat blog dinaz,bila nampak kegebuaannya terus tertarik untuk membuatnya...Resepi asalnya dari  Kak Ton@myresepi.Apa2 pun terima kasih kerana sudi share resepi pau lembut ini.Halalkan saya panjang2kan resepi ini kat sini pula.....
Intinya saya guna inti kelapa aje.....lagipun mudah untuk disediakan....





Resepi:Kak Ton@myresepi


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener-saya guna bread improver
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba..

2 comments:

  1. Replies
    1. thanks,tapi bila dh sejuk agak liat sikit paun nie,kena kukus jap bila nk mkn...

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....