Semanis Epal Hijau

Saturday 6 July 2013

Kobis goreng yang menyelerakan


 Gabungan 2 jenis sayur kobis,maka terciptalah gorengan sayur ini yang cukup menyelerakan.Ditambah pula dengan sedikit soon dan gorengan tempe yang dipotong kecil-kecil membuatkan diri ini jadi lapar lagi,walaupun baru setengah jam  tadi makan....
Dengan kata lain,memang cukuplah segala-galanya......anak-anak pun turut menggemarinya..

GORENG KOBIS DENGAN TEMPE DAN SUUN
Bahan-bahan:
  • 1/2 daripada 1 biji kobis
  • sedikit kobis merah
  • 2 biji cili merah-dihiris menyerong
  • 1 keping tempe-potong kecil dan goreng
  • sedikit soon-direndam & di gunting pendek
  • Garam & bahan perasa secukupnya
  • Minyak utk menumis
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 3 ulas bawang putih-dihiris
  • sedikit ikan bilis
Cara-caranya:
  1. Tempe digoreng garing.Angkat & ketepikan
  2. Gorengkan ikan bilis dulu hingga sedikit kekuningan,masukkan bawang besar,bawang putih.
  3. Agak2 bwg dh layu,masukkan cili merah,2 jenis kobis,kacau sebati.
  4. Masukkan soon,kacau rata dan akhir sekali masukkan tempe dan perasakan.
  5. Sedia utk dihidang.

6 comments:

  1. Memang nampak sungguh menyelerakan! Penuh warna-warni... meriahnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg buat anak2 tertarik tu,senang hati saya bila anak2 mkn sayur....

      Delete
  2. Nampak menarik warnanya.... rasanya pun pasti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah,menarik kan!memang nk tarik perhatian supaya anak2 mkn sayur tue....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....