Semanis Epal Hijau

Sunday 6 January 2013

Tahniah! utk Anak2ku....teruskan usaha.

Mungkin cerita nie dah lapuk,tapi ada aq kisah....yg penting aq nak memorikan kejayaan anak2 ku di sini,blog kesayanganku yang dah lama ditinggalkan......
Dua orang anakku ,sebelah kiri Asma' dan Azwa baru melangkah masuk ke tingkatan 1 utk tahun 2013 ini.Dilahirkan dalam tahun yang sama,cuma berlainan bulan,yg kakak lahir bulan Januari 2000 dan si adik lahir bulan November 2000.Walaupun tahun yang sama,tak semestinya saiz badan pun sama kan!....
Tahniah,mama ucapkan pada Asma & Azwa kerana berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2012 yang lepas.Masing2 memperolehi keputusan 5A dan 4A 1B.
Dengan keputusan yang berbeza,Asma diterima masuk ke SMK Jalan Empat,Bandar Baru Bangi manakala Azwa bersekolah di SMK Bandar Baru Bangi Jalan 2.
Kalau dulu, sekolah rendah diorang bersama,satu kelas lagi.....,sekarang  mereka berpisah sekolah.Tapi itu tak menjadi masalah,yang penting diorang boleh belajar berdikari sendiri.
Mama dah bagi telefon sony erricson kat Asma,awal2 lagi sebelum exam UPSR,alhamdullilah,syukur Asma dah buktikan pada mama yang Asma mampu buat.,kalau result sebaliknya,mmg dh tarik balik dh.....Dan Azwa pun dapat hadiah jugak,tapi ayahlah pulak kena belikan,asyik mama jer,pokailah duit mama......ayah bagi wawa samsung galaxy y....(bertuah betul anak2 zaman sekarang nie kan...)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....