Semanis Epal Hijau

Monday 12 November 2012

Jom makan Epal Hijau

 Telah kita ketahui bahawa khasiat epal hijau banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.Bagi sesiapa yang ingin menjaga penampilan diri yang sihat baik untuk diet ataupun kulit ,elok cuba amalkan satu hari dengan mengambil sebiji epal hijau atau minum jus epal.

Selain itu dengan mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.Info selanjutnya boleh klik sini ....


Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
  1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
  4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  6. Membantu mengekalkan berat badan.
  7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  8.  Mengurangkan risiko barah.
  9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
  10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
  11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Dalam time berdiet nie,saya kena ambik 1 biji sehari untuk penjagaan kesihatan badan saya baik utk kulit atau ke'slim'an tubuh badan....wajib amalkan,kalau boleh tak maulah asyik makan pil2 vitamin jer....

Hakikatnya,penulis takut sangat kalau-kalau dah menginjak usia tua nanti,baru nak terngadah........mungkin dah terlambat...dan sekarang nielah masanya..........contohnya macam kulit muka,alhamdullilah walaupun umur dah melingkau ke pertengahan 30-an,pigmentasi kulit muka berkurangan.....kalau dulu2 mak dalam umur sebegitu ,banyak sangat pigmentasi @bintik2 hitam pada kulit muka.......


Bila dah banyak pigmentasi@bintik-bintik hitam,dah kena beli bermacam-macam produk penjagaan kulit muka pulak....kekadang  tak semua produk tu yang sesuai dengan kulit muka.Bila  dah tak sesuai,maka tiada kesan perubahan pada wajah kulit muka,tak pun kulit muka jadi sensitif..maka mulalah gatal-gatal...timbul bintik-bintik merah.........

Oleh yang demikian,daripada kita membelanjakan wang yang besar untuk produk yang sedemikian,elok kita amalkan pemakanan yang sihat ,bebas daripada minyak dan  boleh membekalkan kita khasiat semulajadi kepada tubuh badan kita.Selain epal,buah orange juga turut membekalkan vitamin c kepada kita.....

Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.Walaupun masam tetapi ianya manis bila dapat memberikan kebaikan untuk kesihatan.Bila badan sihat,segalanya dan masa badan sihatlah dapat dimanfaatkan dengan melakukan tugas seharian,meluangkan masa bersama,tetapi bila sebaliknya,kita takkan dapat berbuat begitu lagi......

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....