Semanis Epal Hijau

Wednesday 30 May 2012

Buah Sukun-Kudapan yang enak



masih dalam peringkat hiris-menghiris lagi...........
Selamat petang semua pengunjung  serta sahabat sahabatku......
Suka makan Buah Sukun?memang sedap kalau dibuat kerepek atau digoreng....Buah Sukun berbentuk bulat atau sedikit bujur mempunyai ukuran garis pusat di antara 10 hingga 30 cm. Pada kebiasaanya berat buah ialah antara 1-3 kg. Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut. Sebaliknya pula, jika buah dipetik pada peringkat terlalu muda, ia akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak diingini.Ketahui lebih lanjut tentang buah sukun klik di sini .



Pokok Sukun yang ada kat tepi rumah saya nie memang tinggi,dah lebih tinggi daripada tiang elektrik.Musim bunganya antara bulan Februari dan Mac,dan sekarang ini buahnya makin banyak dan besar.Empunya pokok sukun memang suka bercucuk tanam,bermacam-macam yang ditanamnya,habis keliling rumah sewaku dipenuhi dengan pokok-pokok.Ada tanaman herba,ulam-ulaman,pokok-pokok pisang dan juga pokok gajus yang telah mengeluarkan buahnya.



3 hari yang lalu,empunya pokok sukun tu  bagi sebiji kat suamiku, ...sebiji je ke?tengok kat pokoknya bukan main banyak lagi.....Takpelah sebiji pun dah banyak juga untuk anak-beranak makan.Apalagi petang tu jugak aku kerjakannya.Lagipun aku tengok buah sukun yang dapat tu macam dah nak masak,warnanya pun kelihatan pudar sedikit,tekan2 mcm empuk.Amik sikit dalam 1/4 aku goreng dengan tepung dan yang selebihnya aku hiris nipis2 dan buat kerepek.Fullamak!sedap hingga tak terkata bila makan sukun goreng rangup cicah dengan sambal kicap.....memang sedap betullllllll.....(orang jarang makan macam tulah )...........






Nilah dia suku daripada sebiji buah sukun tadi,goreng dengan tepung dan makan cicah sambal kicap...yang goreng cam nie aku sorang je yang makan,anak2 makan yang kerepeknya saja.



gambar dari google



4 comments:

  1. Wsalam... memang enak! mana nak cari ni.. hadoii kecur sudah.. memang suka sangat dengan buah sukun, kerepek sukun dan segalanya sukun memang jakon dan suka sukun... :)) << suka sangatlah tu hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg payah nak cari buah sukun nie,tp kalau time musimnya,kena cari rumah yg ada tanam pokok sukun ....gerenti dapat..hehhehe...

      Delete
  2. salam kenal myda....sedapnya sukun..dah bertahun saya tak makan....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga...
      mmg sedap!...lg 2 kalau jarang2 mkn...

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....