Semanis Epal Hijau

Saturday 18 February 2012

Kek Batik Arora

Assalamualaikum dan selamat petang semua.....
Semalam 17 Februari adalah hari ulangtahun perkahwinanku yg ke 13....semoga diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam kehidupanku dan suami serta anak-anak.Insyaallah,amin.....
Suamiku pergi ke Hong Kong,ini adalah ajakan kawannya yang berada di sana. Ini yang susahnya kalau En suami  dan DSLR tak dapat dipisahkan.Ada je benda nak di snap.Tak cukup dalam negeri,luarnegeri pun jadi sasaran.Walaupun suami tiada disisi ketika ini,aku masih  boleh berhubung dengannya melalui FB@dia akan menelefonku.....

Oklah,berbalik pada tajuk asal.First time saya tengok kek nie kat blog Kak Yatie,... dah rasa terpegun
dengan warna-warnanya yang menarik....dengan teksturnya yang lembut ,tu yang menggalakkan saya lagi untuk cuba membuatnya.....saya menggunakan 5 warna iaitu merah,hijau,kuning,oren dan serbuk milo.Dalam gambar kek batik di bawah nie,warna seakan-akan kelabu tu adalah warna milo,mungkin saya letak sikit kot,tu yang warnanya pudar sedikit.....tapi apa-apapun ,bila dah siap masak,kek nie sangat sedap......




Lagipun ramai blogger2 dh tayang2 Kek Batik Arora......saya pun tak naklah ketinggalan juga....
Bila lagi nak buat kan!...inilah masanya....
Terima kasih pada tuanpunya resepi dan Kak Yatie yea.....mohon di c&p di sini juga yea....


Resepi:http://denuanza.blogspot.com/2012/02/kek-batik-arora.html
Sumber:http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/kek-batik-aurora.html

Bahan-bahan:
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
  • 250 g tepung gandum -saya guna tepung naik sendiri
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa -saya guna warna merah,oren.hijau,kuning dan milo
  • 1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
  • 1sk esen vanila-saya tambah
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inc
  3. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
  4. Satukan tepung gandum dan baking powder
  5. Kemudian di ayak ~ ketepikan
  6. Dalam bekas mixer
  7. Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
  8. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  9. Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
  10. Tutup mixer
  11. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata
  12. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
  13. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
  14. Gaul adunan rata
  15. Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
  16. Setiap tompokan 1 senduk
  17. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
  18. Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....