Semanis Epal Hijau

Saturday 18 June 2011

Memastikan Agar Anda Dan Bayi Anda Betul-betul Sihat

Adalah penting agar anda selalu sihat dalam sepanjang kehamilan kerana kesihatan bayi dan diri anda mempunyai hubungan yang sangat erat sekali.Anda mungkin berasa sihat disepanjang masa hamil dan dapat melakukan hampir semua kerja yang biasa anda lakukan.Bagaimanapun tubuh anda akan berasa lebih lelah.Amatlah penting bagi anda menjaga diri anda dengan sempurna .Tetapi jangan lupa,menjadi hamil adalah perkara biasa,oleh itu tidak perlu terlalu dilindungi.


Pemeriksaan Perubatan
Anda perlu menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap untuk mengesan sebarang masalah yang mungkin timbul .Pemeriksaan ini juga memastikan bahawa bayi anda membesar dan berkembang secara normal.


Ubat
Anda jangan sekali-kali mengubati diri anda sendiri.Banyak ubat yang boleh masuk melalui uri dan sebahagiannya boleh mendatangkan mudarat kepada bayi anda yang belum lahir.Sekalipun ubat-ubat iti anda beli dari kedai ubat ,namun ia mungkin boleh memudaratkan.


Merokok
Merokok akan mengurnagkan bekalan oksigen kepada bayi anda dan melambatkan perkembangan dan pertumbuhan bayi anda yang belum lahir.Bayi-bayi yang ibu mereka merokok cenderung menjadi kurus dan menghadapi masalah makanan.Mereka juga lebih banyak menghadapi risiko mendapat infeksi semasa bayi.Oleh itu hentikanlah merokok dengan segera bu!....


Alkohol
Alkohol menyilangi uri dan boleh membahayakan bayi anda.Anda boleh mengambil hanya sedikit sahaja.Yang sebaiknya,hindarkanlah sama sekali terutamanya peringkat awal kehamilan.Alkohol boleh menyebabkan "foetal alcohol syndrome" yang berkaitan dengan kecacatan mental.


Kebersihan
Kebersihan menambahkan perasaan anda berasa lebih sihat.Mandilah dengan tetap,teruyamanya apabila anda terasa panas dan banyak berpeluh.jagalah rambut anda supaya bersih dan rapi.


Pakaian
Pakailah pakaian yang selesa dan rapi semasa hamil.
Baju seharusnya berpotongan longar dan berangin untuk mengelakkan rasa panas dan berpeluh.Kain yang ideal ialah kain benang kapas yang dapat menyerap peluh dan dingin.Pakaian bersalin dari pada kain kapas atau kemeja dan seluar adalah pilihan yang terbaik untuk memberikan keselesaan.Pakailah coli bersalin sepanjang masa kerana coli tersebut membantu buah dada anda mendapat sokongan yang mantap.Jangan memakai tali pinggang mencerut pada pinggang anda kerana boleh mengakibatkan aliran darah terhenti.


Sepatu hendaklah yang selesa,dingin dan rendah.Sepatu bertumit tinggi tidak selamat.Tumit yang leper sama sekali tidak dapat memberikan keselesaan dan sokongan pada kaki dan buku lali yang kepenatan.Anda disyorkan memakai sepatu yang bertumit 3cm.


Kulit
Oleh sebab berlaku perubahan pada hormon,ramai ibu yang mendapat warna kulit mereka  telah menjadi bertambah baik.


Istirahat dan Tidur
Istirahat yang secukupnya ialah satu cara yang baik sekali untuk mengatasi masalah kepenatan.Anda harus tidur tidak kurang daripada 8 jam sehari.Tidur sebentar pada tengahari akan menolong anda terutamanya dalam masa  3 bulan terakhir kehamilan semasa anda berasa cepat lelah.Topanglah kaki anda pada bila-bila masa terluang untuk megelakkan anda mengalami bengkak pembuluh darah .lakukan senaman yang santai saja,elakkan yang melelahkan.




Petikan ini diambil daripada Buku Bayi Yang Sihat(Permulaan yang menakjubkan)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....