Semanis Epal Hijau

Friday, 14 September 2012

Sambal Cili Tumis Ikan Bilis

 Sambal cili nie adalah sambal fav my hubby,tapi kalau sambal merah macam sambal nasi lemak tu,awal2 lagi dia dah tolak ke tepi.......buat banyak kali pun dia tak akan jemu......cukuplah jika ada sambal ini dan ulaman,memang nasi bertambah2 2 @3 pinggan ........
Cara buatnya sangat mudah,tapi nak jugak letak kat sini,utk rujukan anak2 saya nanti....



SAMBAL CILI TUMIS DENGAN IKAN BILIS
Bahan-bahan:
  • 2 biji cili merah
  • 20 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih-saya suka letak banyak
  • Sedikit belacan
  • Segenggam ikan bilis-goreng garing
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam & bahan perasa secukupnya
  • Minyak masak

Cara-cara:
  1. Ikan bilis digoreng garing.Angkat & ketepikan.
  2. Tumbuk cili merah,cili padi,bawang besar,bawang putih hingga hancur dan sedikit lumat.
  3. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
  4. Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa,garam & bhn perasa.Biarkan seketika hingga sedikit kering.
  6. Bila dh agak2 kering,masukkan ikan bilis goreng tadi.Dh siap.


Thursday, 13 September 2012

Homemade Pop corn

 Bertih jagung dah lama beli,dari sebelum bulan puasa lagi..tapi masih tak dibuat-buat lagi dengan benda nie...kalau beli kat pasar malam tu RM1.00 je...tapi kalau buat sendiri RM1.00 tu dah dapat banyak.....dan puas hati dapat makan puas2 lagi..........

Beli bertih dalam 250gm dengan harga RM2.00,masih lagi berbaki,kerana buat 3/4 pun dah terlalu banyak sanagt......mungkin bakinya tu,lain kali boleh buat lagi....Resepi dari sini...thanks yea aludra.....memang senang sangat buat pop corn nie dan anak2 memang excited sangat bila bertih tu meletop2 dalam periuk.....

POP CORN
Resepi:aludra@myresepi
Bahan-bahan ( Ikut suka.. )

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)

Tambah Coklat [Optional]
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara:
  1.  Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2.  Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

Untuk Karamel [Optional]
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.

Untuk Coklat [Optional]
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

GA kakinakl.com


Hari nie nak join lagi satu GA dari kakinakl.com .GA Kak Ina ini menawarkan 4 produk kecantikan,dan salah satunya adalah seperti gambar di atas.Produk penjagaan kulit muka dari Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cream.
 Saya ingin cuba mendapatkannya.Manalah tahu kot2 ada rezeki kan.....senang saja cuma buat entry barang yang dipilih dan tarikh tutup hujung bulan...

Saya nak Neutrogena kerana memandangkan umur saya pun dah dalam lingkungan 30-an,saya ingin mencuba suatu penjagaan kulit muka yang sesuai dengan kulit muka saya,sekarang ini belum ada lagi garis-garis penuaan,tetapi apa yang pasti kulit muka saya ini kusam,kurang bermaya,garis-garis hitam@lebam di bawah  mata dah ada,mungkin itu sebab saya kurang tidur dan bintik-bintik hitam pun mula ada,tapi tak banyak lagi.Mungkin Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cream ini dapat membantu masalah kulit muka yang saya hadapi sekarang.Saya tak pernah lagi menggunakan produk dari Neutrogena.Mungkin sebab harganya,sebab itu saya cuba produk lain yang jauh lebih murah dari produk Neutrogena ini.Bagi saya suatu barang tu tak semestinya mahal,kalau nakkan sesuatu yang elok.

Dah banyak krim kecantikan yang saya guna untuk merawat kulit muka saya ini termasuklah Fair & Lovely krim pencerah lengkap anti marks,Ryana Beauty Vanising Cream,Safi Balqis Perfect 10 dan macam-macam lagilah.....dan Amway,produk yang pertama sekali saya guna.

Setelah membaca secara terperinci dari laman web Neutrogena,saya pasti Neutrogena dapat mengatasi masalah kusam kulit muka saya ini.Dari apa yang saya baca produk ini melawan penuaan lapisan oleh lapisan, dari dalam ke luar. Ia mensasarkan pembinaan semula dan pembaikan keanjalan kulit dengan Dill dan ekstrak blackberry, menyediakan penghidratan dengan ekstrak Southernwood dan melicinkan dan mengangkat lapisan atas kulit dengan satu vitamin B3.

 Dengan sumber maklumat yang  saya perolehi ini  mungkin dapat meyakinkan saya untuk menggunakan produk Neutrogena ini pada masa akan datang.Saya memang cukup-cukup risau kalau di awal usia 40-an,kulit muka tak selicin macam masa anak dara dulu.Kalau boleh saya ingin kelihatan lebih muda jelita tanpa bintik-bintik hitam walaupun umur saya menginjak pertengahan 40-an.Bila kulit muka dah nampak muda,cantik berseri,cik abang pun tak cari lagi.......

Monday, 10 September 2012

Sambal Sotong


 Tuan rumah masih lagi mengekalkan sambal untuk hidangan menu hari ini,hanya digantikan dengan sotong.Untuk pengetahuan anda semua,ini baru kali ke 2 saya makan sotong dalam tahun ini.Beli hanya untuk makan seorang, amik pun dalam 3 &4 ekor je.... tiada seorang pun yang suka makan sotong ini,kecuali saya sendiri....



Dengan menggunakan bahan asas seperti membuat sambal2 tumis biasa,cuma ditambahkan sedikit halia,untuk mengurangkan bau hanyirnya....bahan asas seperti,bawang merah,bawang putih,asam keping,cili kering.....di tumis bahan kisarnya hingga naik minyak,bila agak kering,bolehlah ditambahkan sedikit air asam@asam keping,perasakan garamnya ,last..masukkan sotong,kacau rata....jgn masak terlalu lama.Ini akan menyebabkan sotong itu tadi akan jadi liat bila dimakan.....


Walaupun masak utk seorang makan,masih  banyak berbaki lagi.....biasanya mlm jarang makan nasi.Untuk mengelakkan ianya menjadi basi keesokkan pagi,saya masukkan ke dalam tupperware &simpan dalam petiais.Esok bolehlah dijamah lagi untuk hidangan tghhari saya.....(save budjet)dh x yah sibuk2 nk msk lagi.....my hubby mmg x blk umah mkn tghari......

Saturday, 8 September 2012

Asas buat roti

Tempe lagii...sambal tempe

 Masih lagi menu yang berasaskan tempe....kerana tuan blog tak pernah jemu walau sesaat pun dengan tempe...hikhikhik....selagi mulut terasa nak makan tempe,selagi itulah menunya pun akan ada tempe jugak...


 Kali nie nak share pulak resepi sambal tempe saya,mungkin ramai diluar sana pun dah biasa buat sambal tempe kan.Ini pun salah satu menu sambal fav saya dan anak2,my hubby mmg x sentuh pun dgn sambal2 merah nie.....



Bahan-bahan:
  • Tempe-potong kecik2 memanjang@potong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dihiris
  • ikan bilis-goreng garing
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam,gula & bahan perasa

Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1biji bawang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit belacan

Cara-cara:
  1. Tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Perasakan garamnya,tambahkan sedikit air asam jawa jika terlalu kering.
  3. Masukkan hirisan bawang besar.Biarkan seketika hingga sedikit kering dan masukkan tempe goreng,kacau dan angkat.

Tempe goreng kicap



 Makin lama ,makin hari..makin malaslah pulak nak update blog,padahal banyak lagi kat folder yang ingin dikongsikan bersama pengunjung2 blog ini....Hari nie just nak share resepi tempe goreng kicap dgn teman-teman,memang enak kalau goreng dengan bawang,ikan bilis dan cili merah,kemudian ditambahkan pula dgn sedikit kicap manis......memangggg ummpphhh!.....(bagi saya,mungkin tidak bagi anda).....


Masakan ini memang selalu buat,jarang sekali  masak lemak,hanya sekali@2 dalam setahun rasanya.....apa yang kita suka,apa yang kita rasakan sedap,itulah yang kita akan masak selalu.....

10 KHASIAT TEMPE

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi,
mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak elak keracunan makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan
tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,
baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus

4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana
kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin
B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe
.- untuk wanita atau model2 yang takut gemuk

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe
mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe
(R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe
bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat
makan oat.

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi)
beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif.
- menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.
- haaa, x yah beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe
dah memadai.

Jadi, timbang2 kan pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apepun
apa sahaj yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak
pula berlebihan. Nanti lain yang dikurang, lain pula yang bertambah.......

Sumber:SINI