Semanis Epal Hijau

Monday, 14 May 2012

Diam adalah Jawapan




DIAM ADALAH JAWAPAN

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir..
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka..
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…



★ Nak Share, Silakan..

Ketika di AWAL & AKHIR usia kita.

Sumber: Fb Nurul Amir
1- Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2- Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4- Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

5- Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam setelah mati

6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?






"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Nak SHARE, silakan..

Sunday, 13 May 2012

Selamat Hari Ibu......





Dikesempatan ini,inginku bisikan ungkapan selamat hari ibu kepada semua ibu terutamanya ibuku Puan Kaseh bt Kamin,yg ku panggilnya mak.......unikkan nama emakku...hihihi......Kasih selama-lamanya.....



Selamat Hari Ibu! mak.....
Tak pernah pun selama ini ku ucapkan perkataan "Selamat Hari Ibu"kepada ibuku.Ikhlas dihati ini ingin mengucapkannya,tetapi kelu lidah ini utk mengeluarkannya........maybe x pernah diajar dan dilatih lidah ini utk mengucapkan apa2 ucapan yg manis dan indah kepada org2 yg tersayang selain daripada suamiku dan anak2 saja........
Mungkin selepas nie,lidah ini kena dilatih selalu supaya tidak terkelu......hihihi...

Apa yang diharapkan semoga mak sihat walafiat dan diberikan kesihatan yang baik ,dimurahkan rezeki ,panjang umur dan semoga Allah merahmati kehidupanmu....amin.Terima kasih tak terhingga kerana mak membesarkan kami adik-beradik.Kasih sayang dan pengorbanan mak akan ku sanjung hingga ke akhir hayatku.

Di manakah kita,apabila ibu dalam kesedihan....
Di manakah kita,apabila ibu dalam kesusahan....
Di manakah kita,apabila ibu dalam keseorangan......
Di manakah kita,apabila ibu memerlukan kita..........
dan
cuba tanya diri kita sendiri......Fikir-fikirkan...
Jenguk-jenguklah mereka selalu.........
Peluklah dia dengan perasaan sayang.....
Ciumlah dia dengan sepenuh jiwa.......
Gembirakanlah hati mereka....
Dikala usia mereka di ambang senja......

Apa yang diharapkan olehnya adalah menanti kepulangan anaknya......
Hargai Ibu kita selagi mereka ada lagi......
Jangan pula rasa terkilan suatu hari nanti........
Apabila dia pergi  meninggalkan kita buat selama-lamanya........


Sebagai seorang ibu,kini ku tahu apa yang diinginkan oleh setiap ibu kepada anak-anaknya.Sama sepertiku juga ,ingin melihat anak-anakku berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.



Doa untuk Ibu by Ungu


Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku kasih sayang
Tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
Takkan pernah terbalaskan


Hangat dalam dekapanmu
Memberikan aku kedamaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernah terlupakan


Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan


Oh ibu semoga tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku


Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan


Ooohh putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku




-----------------------------------------------------------------------


Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.^_^.
----------------------------------------------------------------------






























Wednesday, 9 May 2012

Bubur Tepung Pulut

Buat bubur ini kerana anak tekak ni nak merasa je.....
kalau kecik2 dulu arwah nenek suka sgt buat bubur nie.....
lepas2 tu,mmg dh x merasa lagilah......
asalnya mmg dh lama pendam niat nk buat.....
mungkin inilah harinya yg sesuai.........
cuba2 nk buat dan cuba2 nk rasa hasil air tangan sendiri.....
amik resepi dari sini .........thanks yea kak.......
dan izinkan saya tempelkan resepinya kat sini pula yea......

Bubur Tepung Pulut
Sumber:Potret Kasih

Bahan Doh
  • 240 g tepung pulut
  • Air secukupnya
  • pewarna hijau dan merah-saya guna pink & oren
  • Garam secukupnya

Bahan Kuah
  • 250ml air
  • 200g santan pekat
  • 125 ml air gula melaka ( saya tak letak )-saya letak 1/2 gula kabung
  • 2- 3 sudu besar gula ( ikut kemanisan yang di ingini )
  • 1 biji keledek(sederhana besar)-dipotong dadu(saya tambah)

Cara penyediaan
  1.  Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan digaul rata.
  2.  Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh.  Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.
  3.  Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna merah dan warna hijau.
  4.  Gentel kecil kecil kemudian tekan di tengahnya, buat hingga habis.
  5.  Masukkan doh tadi dalam air yang telah mendidih.
  6.  Apabila doh tadi timbul di permukaan air angkat dan toskan.
  7. Untuk membuat kuahnya, satukan semua bahan kuah dalam 1 periuk dan didihkan.
  8.  Perlahankan api agar santan tidak pecah  dan kemudian masukkan doh dan sago biji yang telah di rendam seketika.
  9. Bila sago masak bolehlah diangkat.

Monday, 7 May 2012

Lempeng Tepung +Oats Pandan





Dan selamat petang.......
Amik resepi dari SINI....Kebetulan tgh hari tadi ada buat sedikit sambal tumis,so bolehlah makan dengan lempeng yang saya buat ini..........Dalam resepi ini,saya ada buat penambahan sedikit,dari segi warnanya saya tambahkan sedikit pewarna hijau sedikit esen pandan.Biar nampak menyerlah gitu....hihihi...tak de lah kaler putih je....jgn mare yea Kak Besah,saja suka2 nk letak kaler,lgpun saya suka kaler hijau.........
Thanks yea Kak,mohon di tepekkan resepinya kat sini juga......



Sumber:Kak Besah@myresepi
Diolah oleh:myda_ahmad


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan quaker oats 
  • 2 cawan air( jika pekat boleh tambah air lagi)
  • 1 biji telur(jika tak bubuh pun x apa,cuma lempeng akan mudah koyak)
  • 1/2 sk garam
  • 2 sk gula-saya tambah
  • sedikit esen pandan-saya tambah
  • sedikit pewarna hijau-saya tambah


Cara-cara:
  1. Bancuh semua bahan bersama air hingga sedikit cair dan sebati.
  2. Panaskan kuali yang sesuai,lenser dgn sedikit minyak,tuangkan 2 senduk adunan,lenggangkan kuali hingga adunan rata.Bila dh agak kering,terbalikkan lempeng dgn cara melambungkannya..ala-ala chef gitu.
  3. Buat sampai habis & bolehlah dihidangkan bersama serunding daging,sambal tumis ,kari dll.....

Selamat Mencuba.

Sunday, 6 May 2012

Freebies Doodle




Suka sgt2 dengan freebies doodle  ini...cute sgt....
Amik kat blog Apit; fizgraphic.com. Kat sana banyak lagi freebies doodle yang cute2.Cuma pilih je yang mana suka.Thanks yea.





Nak buat header sendiri dengan menggunakan freebies doodle cute ini,boleh ke aku buat nie...baru2 nak belajar buat header sendiri,tak cantik mana pun.....kira oklah bagi saya...




Wednesday, 2 May 2012

Kuih Sagu

Dan selamat petang semua......
Cuaca ptg nie agak dingin/sejuk kerana hujan ....sekarang nie pun masih lagi renyai2......diikuti dengan kedengaran bunyi guruh sekali-sekala.........Kalau tido nie,mesti bestkan!.....Tp apakan daya mata tak lagi mengantuk.......so,hari nie nak post entry kuih muihlah.....
Pagi tadi sempat buat research tentang kuih sagu...........hasil carian google imej kuih sagu nie,maka dapatlah juga resepi kuih sagu ini.....
Bertandang ke dapur Teratak Mutiara Kasih dan.....di situ lah saya amik resepinya.....Thanks yea Linapg dan tuanpunya resepi ini ......Izinkan saya cnp di sini pula yea sebagai panduan  utk anak saya dan kawan-kawan lain yang ingin mencubanya..........




 Selama nie,memang tak pernah buat langsung kuih ini.....biasanya cuma tgk2 je yang ada jual kat pasar malam tu,kalau nak beli tu, jauh sekali kerana anak2 tidak begitu meminati kuih  ini......saya?..suka jugak!.....tu yg dok berjam2 kt depan desktop utk mencari pelbagai resepi utk dicubanya......termasuklah resepi kuih sagu ini.......
Yang nie belum dikukus lagi.....
Yang nie dah siap kukus....
Kadang2 tu,tak cari resepi pun ,cuma ziarah-menziarahi blog kawan2....apa yg diorg masak dan selain itu ada juga mencari tutorial utk blog.........


Kuih Sagu nie,agak lembik sikit..apa2 pun rasanya sgt sedap,x begitu manis,nie yg saya suka......
cuma potongannya tak begitu kemas....hihihi.....
 





Kuih Sagu 

Resepi Asal: Mama Kastam Tioman@myresepi
Sumber 1:Linapg@Teratak Mutiara Kasih
Sumber 2:A Journey Call LIFE

Bahan-bahannya:
  • 1 gelas sagu biji kecil (sy gn cawan)
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir(sy gn 1/2 cwn)
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja(sy kukus dulu kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-caranya:

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.