Semanis Epal Hijau

Thursday, 8 November 2012

Kerepek Sukun


Selamat petang to all my friend,moga2 sihat dan ceria selalu walaupun cuaca tidak menentu sekarang nie....kejap mendung,kejap hujan....kejap panas........maklumlah dah hujung2 tahun nie kan.

Ini entry ke 2 untuk hari ini.....Kerepek Sukun.Dulu time mengandung,saya memang  tak boleh makan banyak buah sukun.Haa..bila dah makan banyak tu mulalah angin satu badan.....yang tak tahannya bila dah jadi macam gastrik....Time tu dh tak leh nak buat apa2 dah,jam tu gak terus gi klinik dapatkan injection  buscopan....dah dapat injection tu baru lega.....Dan sekarang nie kalau nak makan pun kena beringat jugak,takut2 kena lagi..........tapi kalau buat kerepek,,tak jadi masalah,makan banyak pun takpe....



  
 Krap!krup!krap!krup!...tengah mengunyah kerepek sukun...Wow!sedapnyer.......
Lebihan daripada 1 biji buah sukun,sebelum nie ada goreng sikit....makan2 tak abislah pulak....maklumlah budak2 bukannya suka sangat,tapi kalau dibuat kerepek diorang makan.....1 balang pun boleh habis.......



 Sebelum digoreng tu saya lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit & garam,biar dia ada rasa masin2 sikit.....Ingatkan nak buat pengat sukun,tapi difikirkan balik..x jadilah..nanti tak de sapa pulak yang nak makan....kalau makan sorang2 tak best!....



Roti Gulung Sosej


 Selamat pagi dan salam ceria buat pengunjung2 blog ini......sejak beberapa hari kebelakangan nie empunya blog tak bersiaran,ini kerana komputer asyik problem jer.....Nasib baik boleh bukak kejap2 kat tempat keje....

Pagi nie,alhamdullilah nampaknya komputer dah ok,so kena cepat2 update blog.Cuba google resepi roti gulung sosej ...kerana roti kat dapur tu tinggal menunggu tarikh exp jer....dan stok sosej pun ada lagi.....lagipun anak2 memang suka sgt sosej.........

Thanks yea Aziemas utk resepinya.......



ROTI GULUNG SOSEJ
Sumber:Aziemas@myresepi
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
  • 8 sosej ayam @ daging
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • secubit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Gelek roti hingga nipis/leper
  2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan
  3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
  4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
  5. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
  6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
  7. Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis
Note:Sosej tu saya goreng dulu.

Monday, 5 November 2012

Nasi Ayam

Selamat petang .......
 Malam semalam my hubby dah shopping barang dapur kat Econsave,sorang2 dia jer......bila dh shopping,maka penuhlah barang dan stok makanan kat dapur.Segala-galanya ada......tu yang cari dan terus mencari menu apakah yang akan jadi hidangan lunch nanti....nak masak macam2 lauk ,malas pulak ..lagipun dh jemu asyik masak je.....

Nak masak yang cepat dan mudah,so terfikirlah nasi ayam nie......sambil merebus ayam....sambil tu google jugak resepi nasi ayam,dan terjumpa resepi nasi ayam nie kat myresepi .So apalagi cnp jelah.......dah tu baca2 dan teliti jap bahan2nya,terus masuk dapur,mulakan operasi masak-memasak pulak.Upload gambar tunggu petang yea....Apa2pun thanks yea kepada penyumbang resepi ini kerana sudi share resepi nasi ayam spesel ini......


NASI AYAM SPESEL
Sumber:Junjs11@myresepi
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus:
  • 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)-saya guna 1/2 ekor 
  •  2 ulas bawang putih
  •  2sm halia yg diketuk
Untuk perap:
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • sedikit kicap cair
  • sedikit marjerin utk sapukan pada ayam sebelum dibakar
Untuk nasi:
  • 5 cwn beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1 cm halia- ditumbuk
  • 2 sb pes nasi ayam hainan
  • 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • air rebusan ayam tadi secukupnya
  • sedikit garam
Nie dia pes nasi ayam hainan yang saya gunakan...

Bahan sos:
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka-saya gantikan lemon jus
  • garam, gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Untuk sup:
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar-tak letak
  • 2 ulas bwg putih-diketuk(saya tambah)
  • 1 inci halia-diketuk(saya tambah)
  • rempah sup-saya gantikan serbuk pati ayam knorr
  • garam
  • daun sup yg dihiris.
Cara-cara:
  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.(saya tak goreng ayam tu tapi  saya masukkan dalam microwave dan bakar sekejap)
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih serta pes nasi ayam hainan hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.



Sunday, 4 November 2012

Ayam masak taucu pedas


 Sesekali  ayam masak taucu pun sedap jugakkan!....Asyik2 goreng ...masak sambal je....tapi nak wat cam ner...dh itu jer kesukaan anak2.....Tanpa masakan pun, taucu sedap jugak dimakan begitu saja dengan nasi putih disamping lauk2 lain.Biasanya yang buat begitu adalah en hubby.....

Masakan nie berkuah sikit utk anak2 ,takdelah nanti bila nak makan kering je  tekak...sebelum2 nie pun ada buat tapi tanpa kuah,langsung diorg tak nak makan......so,kenalah berkuah sikit....dan apa yang penting bagi saya,anak2 suka makan....

AYAM MASAK TAUCU PEDAS
 Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam bhgian dada-potong kecil2
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  •  7 biji cili padi
  • 1 sb taucu
  • Sedikit air
  • Minyak
  • Serbuk pati ayam


Caranya:

  1. Tumbuk cili padi,bwg besar,bwg putih hingga hancur.
  2. Panaskan sedikit minyak,gorengkan ayam hingga masak.
  3. Masukkan bhn tumbuk,kacau sebati & biarkan seketika hingga cili betul2 masak.
  4. Masukkan taucu & sedikit air.Perasakan dgn serbuk pati ayam.Renihkan seketika.



Saturday, 3 November 2012

Ikan tongkol masak kicap pedas


Tgh hari tadi sempat upload gambar jer,sebab monitor asyik no signal going to sleep je.....frust  sungguh!!!.......seharian ngadap tv jerlah ..........

Malam nie update pun kat tempat keje......masakan yang simple lagi.....Ikan tongkol masak kicap.Jarang beli ikan jenis nie,org2 kat umah kurang suka,biasa ikan kembung jer jadi pilihan......tp yg tukang masak nie nak sgt makan,so belilah 3 ekor,tupun beli kat pasar malam...3 pinggan RM10.00,setiap 1 pinggan ada 3 ekor.



IKAN TONGKOL MASAK KICAP PEDAS
Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan tongkol,dilumur dgn serbuk kunyit & garam.
  • 1 biji bawang besar,dihiris
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Air asam jawa
  • Kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
  • Minyak secukupnya
Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering
  • Halia
  • Lengkuas
Caranya:
  1. Goreng ikan hingga habis & ketepikan
  2. Tumis bahan kisar, kayu manis,bunga lawang & buah pelaga hingga naik bau,masukkan sos cili,sos tiram & kicap manis.Kacau rata.
  3. Masukkan air asam & hirisan bwg besar.Kacau2  & bila kuah dh agak pekat,padam api.

Thursday, 1 November 2012

Sambal Tumis Ikan bilis

 Update entry tertunggak....
Sambal tumis ikan bilis memang favorite kami anak beranak.Kalau malas nak masak lauk@sayur,sambal nielah yg selalu ada di atas meja.....ada telur dadar,ikan bilis goreng@ikan kembung goreng pun jadi.......
anak2 tak pernah merungut tetapi diorang lebih suka sambal ini berbanding rendang@kari......jadi  kat umah ini jarang sekali masak rendang@kari......
Masaknya memang mudah tapi nak selitkan resepi juga utk tatapan anak2....kekadang buat letak belacan,kekadang tak letak..tapi sedap lagi kalau tak letak belacan,itu citarasa anak tekak saya.......belacan juga akan mempengaruhi warna sambal itu,mungkin merah sambal akan menjadi lebih gelap sedikit.....

Bahannya:
  • 15-20 tangkai cili kering,direndam
  • 2 biji bawang besar,1 biji diblender,1 lg dihiris
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 asam keping
  • Air & minyak secukupnya
  • Garam,gula & aji 
  • segenggam ikan bilis-digoreng garing
Caranya:
  1. Basuh cili kering yang telah direndam tadi,buangkan biji2nya.
  2. Blender cili kering,bwg besar,bwg putih.
  3. Panaskan minyak,tumis bhn blender hingga naik minyak.
  4. Masukkan sedikit air,garam,gula,asam keping, & aji.Biarkan masak seketika.
  5. Bila agak pekat sedikit masukkan hirisan bwg besar dan akhir sekali masukkan ikan bilis.
  6. p/s selalunya biji2nya saya akan buang supaya bila masak nanti sambal taklah  pedas sgt.....

Sambal Sardin

 Dan selamat petang,jap tadi dalam kul 12.30 tghhari kat sini hujan lebat diikuti dengan bunyi guruh  berdentum2 dilangit ......tak lama ,dalam pukul 2.00ptg dah reda,cuma renyai2 saja..dan sekarang nie elok je ....cuma ada sedikit awan mendung......

Menu hari nie simple tapi sedap.....haaa,mmg simple betullll....bukak tin ,masuk dlm kuali kacau2 siap.....

Memang jemu jugak asyik makan sardin je,tapi kalau pandai pelbagaikan memang sedap!....

SAMBAL SARDIN

Bahannya:
  • 1 tin kecil sardin(suka yg cap tomato-isinya kecik2)
  • 5 tangkai cili kering,direndam dgn air panas
  • 1/2 biji bwg besar(saiz sederhana)
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 asam keping
  • Halia
  • Garam & aji
  • Air & minyak secukupnya

Caranya:
  1. Cili kering ditumbuk lumat,masukkan bwg besar,bwg putih & halia tumbuk separa lumat.
  2. Tumis bhn tumbuk hingga naik minyak,masukkan sardin dlm tin.Kacau rata.
  3. Masukkan sedikit air,garam & aji.Bila kuah agak pekat,padamkan api.