Semanis Epal Hijau

Monday, 10 September 2012

Sambal Sotong


 Tuan rumah masih lagi mengekalkan sambal untuk hidangan menu hari ini,hanya digantikan dengan sotong.Untuk pengetahuan anda semua,ini baru kali ke 2 saya makan sotong dalam tahun ini.Beli hanya untuk makan seorang, amik pun dalam 3 &4 ekor je.... tiada seorang pun yang suka makan sotong ini,kecuali saya sendiri....



Dengan menggunakan bahan asas seperti membuat sambal2 tumis biasa,cuma ditambahkan sedikit halia,untuk mengurangkan bau hanyirnya....bahan asas seperti,bawang merah,bawang putih,asam keping,cili kering.....di tumis bahan kisarnya hingga naik minyak,bila agak kering,bolehlah ditambahkan sedikit air asam@asam keping,perasakan garamnya ,last..masukkan sotong,kacau rata....jgn masak terlalu lama.Ini akan menyebabkan sotong itu tadi akan jadi liat bila dimakan.....


Walaupun masak utk seorang makan,masih  banyak berbaki lagi.....biasanya mlm jarang makan nasi.Untuk mengelakkan ianya menjadi basi keesokkan pagi,saya masukkan ke dalam tupperware &simpan dalam petiais.Esok bolehlah dijamah lagi untuk hidangan tghhari saya.....(save budjet)dh x yah sibuk2 nk msk lagi.....my hubby mmg x blk umah mkn tghari......

Saturday, 8 September 2012

Asas buat roti

Tempe lagii...sambal tempe

 Masih lagi menu yang berasaskan tempe....kerana tuan blog tak pernah jemu walau sesaat pun dengan tempe...hikhikhik....selagi mulut terasa nak makan tempe,selagi itulah menunya pun akan ada tempe jugak...


 Kali nie nak share pulak resepi sambal tempe saya,mungkin ramai diluar sana pun dah biasa buat sambal tempe kan.Ini pun salah satu menu sambal fav saya dan anak2,my hubby mmg x sentuh pun dgn sambal2 merah nie.....



Bahan-bahan:
  • Tempe-potong kecik2 memanjang@potong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dihiris
  • ikan bilis-goreng garing
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam,gula & bahan perasa

Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1biji bawang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit belacan

Cara-cara:
  1. Tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Perasakan garamnya,tambahkan sedikit air asam jawa jika terlalu kering.
  3. Masukkan hirisan bawang besar.Biarkan seketika hingga sedikit kering dan masukkan tempe goreng,kacau dan angkat.

Tempe goreng kicap



 Makin lama ,makin hari..makin malaslah pulak nak update blog,padahal banyak lagi kat folder yang ingin dikongsikan bersama pengunjung2 blog ini....Hari nie just nak share resepi tempe goreng kicap dgn teman-teman,memang enak kalau goreng dengan bawang,ikan bilis dan cili merah,kemudian ditambahkan pula dgn sedikit kicap manis......memangggg ummpphhh!.....(bagi saya,mungkin tidak bagi anda).....


Masakan ini memang selalu buat,jarang sekali  masak lemak,hanya sekali@2 dalam setahun rasanya.....apa yang kita suka,apa yang kita rasakan sedap,itulah yang kita akan masak selalu.....

10 KHASIAT TEMPE

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi,
mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak elak keracunan makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan
tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,
baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus

4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana
kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin
B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe
.- untuk wanita atau model2 yang takut gemuk

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe
mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe
(R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe
bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat
makan oat.

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi)
beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif.
- menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.
- haaa, x yah beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe
dah memadai.

Jadi, timbang2 kan pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apepun
apa sahaj yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak
pula berlebihan. Nanti lain yang dikurang, lain pula yang bertambah.......

Sumber:SINI

Thursday, 6 September 2012

8th GIveAway(GA) -umiyumi2


Sejak join GA dari Kak Shahriah Abdullah bulan lepas,rasa membuak2 hati ini ingin menyertai GA lagi......sambil keje nie sempat lagi bw,dan terjumpa GA nie kat blog Kak Sam @My Homework .....rasa ingin join lagi kerana apa?...kerana hadiah best sangat2......
Nak tau apa hadiahnya?....
Jom!tgk nie....
kuali/wok Tefal bersaiz 28 cm





Untung betul kan kalau dapat hadiah nie.So,kalau nak join klik link kat bawah nie yea...... http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html

1) Penyertaaan dibuka kepada semua pembaca. 

2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog anda masih perlu meninggalkan email address di ruangan komen.
3) Bagi pembaca yang ada blog, sila buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini.Link ke GA ini adalah : http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html
4) Untuk memberi peluang sebaik2nya kepada pembaca yang mempunyai blog dan yang tidak mempunyai blog, pembaca dengan blog dan yang membuat post & link akan mendapat 2entries utk undian. Pembaca tanpa blog akan mendapat 1  entry.
4) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada 25 September 2012. Pemenang akan diumumkan pada 26 September 2012. 
5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.


Wednesday, 5 September 2012

Kuih Raya

Selamat malam semua,hari nie dh 18 hari kita di bulan syawal,mungkin ada yang sibuk nak buat open house di hujung2 minggu nie,dan sekarang nie tgh sibuk nak meng"list"kan barang2 yg patut dibeli....

Tahun nie kuih raya semua beli je,apa yg ada kat sini,seperti kuih makmur nie,memang wajiblah bila time2 raya nie.....

Kalau ada pokok pisang yang ada buahnya bolehlah dibuat kerepek ,dah tak yah nak beli2.....lagi fresh kan....tp apakan daya dok kat bandar nie,sebatang pokok tanaman pun tak de,niekan pulak pokok pisang ....hehehe....

Biskut nie  dinamakan biskut nenas,nak tau kenapa?cuba tgk rupanya.. kan ada bentuk nanas,dan rasanya pun ada rasa nanas......biskut nie,kak ipar yang buat.....



Kerepek bawang nie fav saya.....tiap2 tahun mesti beli kerepek nie...

Kuih batang buruk nie pun kakak ipar yang bagi......kalau balik Perak je,dia mesti  akan bekalkan satu bngkus untuk dibawa balik nanti......tak leh banyak2 cuma satu bungkus saja yea,yg lain2 tu untuk tempahan je......

Beraya rumah besan mak...


Baru boleh nak update blog,kerana desktop meragam ..bila on je, monitor going to sleep3........sakitnya hati,ni pun bila off je,karang mulalah jadi lagi,kekadang tu malas nk shutdown..biar je 2,3 hari ON....Nak ucap hari merdeka pun dah terlewat,so saya  nak story sikit,kisah kami pergi beraya........

31 Ogos daku dan anak2 ,mak serta adik2 gi open house kat Sungai Merab.....rumah kakak ipar kepada adik daku.....(tak tau nak panggil apa gelarannya)...alahhhh,senang panggil besan mak daku je lah.....

Dia buat mee kari,nugget tempura goreng,kuih-muih,kek gula hangus.......emmmph! malu sungguh daku,anak2ku saja yg kaut semua nugget tempura tu,daripada penuh satu tuppeware besar,suku je yang tinggal.....pelahapnya anak2 ku....yg mee kari tu tak maunya dia makan.....air pun sama jugak,mentang2 lah tuan rumah hidangkan air tropicana twisteryg botol kecik2 tu....,air teh o suam pun tak diminumnya.....cuma ku dan emak je yg minum...

gambar dr google

Nasib baiklah ada berkaton2 tropicana twister kat umahnya,dan ada 2 perisa je,oren dan epal....memasing semua amik yg oren.......epal tu adalah seorang dua je yg minum....
 Antara kuih raya yang di hidangkan adalah biskut kacang.

 Biskut perisa strawbery berbentuk love.Nie pun sedap jugak.....

 Ha..yg ini biskut mama carries.Kurang suka tp ada juga jamah sikit,nk merasalah katakan....

 Ni pula coklat homemade......berbelang2 lagi...anak2 pun suka makan,mamanya lagilah..hantu coklat......

 Biskut Semprit pandan....enak bangat,lembut dan rapuh.....


Pandangan kesemua juadah kuih raya dalam satu tray...semua jenis kuih nie memang suka makan...lagi2 tang coklat tu......dh habis sebutir,amik sebutir lagi....ngap!dh masuk mulut pun....yang tinggal hanya  beberapa ketul je.....