Friday, 27 September 2013

Kacang Panjang Goreng Sotong berkunyit


Misi menghabiskan dan clearkan stok2, segala apa yg ada dan sayur yang telah seminggu kat dalam peti ais.....skaligus membersihkan dan mengelap kawasan sekitarnya....membuang apa yg rasa patut dibuang, dan macam2lah.......
Huhuhu...saki baki yg tinggal hanya sotong,kacang panjang,cili2 & timun...dan ini saja menu yang dapat ku hasilkan........


  KACANG PANJANG  GORENG SOTONG BERKUNYIT

BAHAN-BAHAN:-
  • Kacang panjang
  • Sotong
  • serbuk kunyit
  • cili merah-potong menyerong
  • bwg besar-dihiris
  • bwg putih-dihiris
  • setitis 2 minyak bijan
  • sos tiram
  • Garam &bhn perasa
  • Minyak
CARA-CARANYA:-
  1. Lumurkan sotong dgn serbuk kunyit & garam.
  2. Pijarkan minyak,tumiskan hirisan bwg besar,bwg putih dan cili merah.
  3. Tolak sikit tepi kuali,masukkan sotong dan goreng sekejap.
  4. Kacau sekali dgn bwg....masukkan kcg panjang,sos tiram,minyak bijan & garam serta bhn perasa.

Tuesday, 24 September 2013

Gulai ayam

Menu yang lepas2,baru berkesempatan....,en hubbylah..dia nak guna  komputer...mengedit gambar2 sekolah..dapat tender amik gambar utk sekolah Al amin tu...tgk masa juga,bila dia tak  de depan desktop,saya pulak amik turnlah......

 Kari @gulai ayam ini saya tambahkan sikit kerisik di dlm masakan ini bagi memekatkan kuahnya...
sedap jugak nie kalau dapat 5 @6 keping roti jala ,boleh cicah dgn kuah gulai kan....



GULAI AYAM
Bahan-bahan:-
6 ketul ayam
1 paket kecil serbuk kari-jadikan pes
Garan & asam keping
Minyak secukupnya
1 kotak santan
Kentang-belah 6
Kerisik
Air secukupnya

Bahan kisar:-
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia
5 tangkai cili kering

Bahan tumis:-
4 sekawan-Bunga lawang,Halba,kayu manis,buah pelaga

CARA-CARANYA:-
Pijarkan minyak,masukkan bhn tumis & bhn kisar...masukkan pes kari.
Masukkan ayam,gaul mesra...masukkan kentang dan sikit air.Kacau rata.
Masukkan santan dan sikit air,renehkan hingga ayam betul2 masak dan masukkan kerisik dan asam keping.
Perasakan garamnya.




Friday, 20 September 2013

Bendi celur bersalut cili

Bendi kaya dengan kalsium ,mengandungi 7% karbohidrat,90% air,2% protein,2% air,1% serabut,garam galian dan vitamin B.Jom kita ke sini untuk mengetahui kelebihan-kelebihan bendi dan khasiat yang terdapat di dalamnya....Siapa tak makan bendi,rugi tau!..........
Nie utk menu semalam,biasa hanya celur dan cicah dgn sambal belacan aje......kali nie nak masak cenggini pulak......sedap tak??mesti sedapkan,air tangan sendiri kan!!....


BENDI BERSALUT CILI
Bahan-bahannya:-
  • Bendi
  • Minyak secukupnya
  • Garam & bhn perasa
  • Asam keping
  • Air 
Bahan kisar:-
  • Cili padi
  •  Cili merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
Cara-caranya:-
  1. Basuh bendi.Didihkan air,masukkan setitis dua minyak dan garam.Celurkan bendi(bendi jgn dipotong dulu).Angkat dan toskan,kemudian baru dipotong 2.
  2. Tumiskan bhn kisar,masukkan garam & bhn perasa serta asam keping.Biarkan hingga kering sedikit.
  3. Padamkan api, masukkan bendi yg dicelur tadi dan gaul mesra.Ok,dah siap.

Waffle homemade

Alhamdullilah barang yang order kat Lazada dah sampai....lama juga lah nk menunggunya,adalah dalam seminggu...Rasanya dah tak sabar nak buat sendiri waffle nie....Google2 dan jumpa resepi waffle nie kat FB Ada Resepi Jom Kongsi....

Sebelum nak masukkan adunan nie,saya sapukan sikit marjerin kat dalam waffle maker tu,menggunakan tisu..kemudian warm up kan kejap..dalam 4 @5 minit.....nak bagi waffle tu cantik kalernya ,saya tambahkan setitis dua pewarna kuning....

Breakfast  nie utk 2 hari yang lepas ea, hari nie bf kentang goreng aje...


WAFFLE RANGUP
dicuba oleh:myda_ahmad


Bahan-bahan - dpt dlm 8 @ 9 keping waffer: 

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu kecil yis kering atau guna instant yeast
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan
  • 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Full Cream Milk)
  • 1 biji telur dalam suhu bilik.
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1/2 cawan Air panas hangat / suam ...(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
  • 1 @ 2 titis pewarna kuning-saya tambah


Cara-caranya:-
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. klu Aida letak 1/2 cawan air panas/suam je dan tambah sikit-sikit bila tengok adunan still masih pekat...pandai lah adjust ok..heheh ..

2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang boleh le cucui bekas2 yg telah digunakan sambil tu jangan lupa panaskanlah waffle maker tu ...

3. Nampak adunan dah berbuih.....Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya wafflekorang dah masaklah tu.

7. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa saja yg diingini dengan citarasa anda....


sedap!memang sedap....waffle nie saya sapu dengan peanut butter....kalau nak sapu dengan coklat atau jem pun boleh jugak....ikut citarasa masing-masing.


Thursday, 19 September 2013

Takada Waffle Maker

 Huh!!puas hati sekarang,dah dapat apa yang dihajati selama nie...niat nak beli tu memang dah lama...cuma,nanti2 dulu.... ,semenjak dua menjak nie asyik giat  bukak website Lazada je ,hati pulak berkobar2 ingin mendapatkannya jugak!...tambah pulak jari-jemari nie pun dah gatal,nak clik beli online aje......hahaha,dah selamat dah duit aku dalam bank ....
 Tambahan pulak,anak2 suka makan waffle,asal gi Econsave jer,memang  terpaku kat depan kedai waffle tu....dahlah mahal.tu lum lagi kita nak pilih intinya...harga pulak tu lain2 mengikut jenis2 inti-jem /coklat/peanut/butter dsb....
Lepas nie kita nak google resepinya pulak.....dah tak sabar2 nk buat sendiri kat rumah nie.....

Nak beli jugak?? Jom kita tengok apa lagi yang ada kat Lazada.....
UNTUK WAFFLE MAKER ...

http://www.lazada.com.my/takada-waffle-maker-isb-068-white-61148.html 

Tuesday, 17 September 2013

Kerang bersambal


 Teringin nak makan kerang bercili....selama nie pun mmg x pernah buat,asyik2 masak rebus aje..cicah ngan sambal kicap....la nie buat coz nk penuhi hajat ..... bagi mengurangkan kepedasannya.....saya menggunakan 3 jenis lada,cili kering sikit,cili hijau dan cili merah....bila dh digabungkan 3 jenis cili nie..confirm mmg tak pedas....nak tau cubalah....


 KERANG BERSAMBAL
BAHAN2:-
  • 500gm kerang
  • Serai-diketuk
  • Garam &bhn perasa
  • Minyak dan air secukupnya
  • Asam kering
BAHAN KISAR:-
  • 5 tangkai cili kering
  • 5 biji cili hijau
  • 3 batang cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
CARA:-
  1. Cuci bersih kerang,kalau boleh berus sikit kulitnya yg kotor2.
  2. Tumiskan bhn kisar dan masak hingga naik bau..masukkan serai..kacau2,masukkan sikit air...
  3. Kemudian masukkan kerang..kacau rata...
  4. Masukkan garam & bhn perasa ,asam kering...biarkan seketika hingga kerang masak.Bila dh masak bolehlah diangkat dan hidangkan.



 Ulaman fav memang tak tinggal -timun jepun dan  salad lushious butterhead...


Friday, 13 September 2013

Sotong bercili kacang panjang

 Sotong bercili digandingkan dengan kacang panjang,memang sedap...boleh dikatakan menu 2 dalam 1 lah kan....,mana taknya,dalam masakan tu dah ada sayur  ..lauk pun ada....kan senang,mudah dan cepat proses memasak saya....(org malaslah katakan)...huhuhuhu.....

p/s:lauk sotong tak leh masak selalu kt umah,anak2 tak makan ....

BAHAN-BAHAN:-
  • Sotong-siang dan potong kecil
  • Kacang panjang-potong 2 inci
  • Serbuk kunyit-lumur pada sotong
  • Garam dan aji secukupnya
  • sekeping asam
  • Minyak secukupnya

BAHAN TUMBUK@KISAR:-
  • Cili padi & cili merah
  • Bawang merah besar
  • Bawang putih

CARA-CARA:-
  1. Lumurkan sedikit kunyit pada sotong,goreng sekejap.Angkat dan ketepikan
  2. Tumiskan bhn tumbuk hingga masak,kemudian masukkan sotong,kacang panjang,kacau rata.
  3. Masukkan sedikit air ,asam keping dan perasakan garamnya.

Thursday, 12 September 2013

sarapan dgn cucur aje


Untuk sarapan pagi tadi yg simple aje...lama jugak tak buat cucur nie,sesekali makan best gak!..walaupun senang utk membuatnya,nak jugak tepek resepi utk rujukan anak2 di kemudian hari...


Bahan:-
2 cawan tpg gandum
1 1/4 cawan air
Garam dan serbuk perasa tumix
Bawang,cili,ikan bilis
1 sk soda bikarbonat
Minyak utk menggoreng
-campurkan semua bhn dan kacau sebati...goreng hingga kekuningan dan garing.Sedia dinikmati dgn coletan sos cili.

Monday, 9 September 2013

Resipi Ayam Masak Afrika Ceria

Bahan-bahannya:
Bahan peram
separuh ekor ayam
1/2 serbuk lada hitam-saya gantikan lada putih
perahan jus lemon
1 sudu kicap manis
1 sudu minyak bijan
garam dan ajinomoto secukup rasa

bahan goreng
rempah empat sekawan
5 batang cili api
3 biji bawang merah dimayang
3 biji bawang putih dimayang
10 biji lada hitam
1 inci halia dihiris
1 biji tomato dipotong dadu
daun bawang
perahan jus lemon

Cara-caranya tengok sini yea ....

Kacang panjang goreng bersama ayam


Selalu sangat masak cam gini.....goreng ayam mesti letak sikit kacang panjang,nak bagi nampak banyak sikit lauk tu.....tapi yang pasti anak2 takkan amik kacang panjangnya.....

Resepi yang biasa2 jer,jom semak....


 KACANG PANJANG GORENG BERSAMA AYAM
BAHAN:-
  • Semangkuk kecil ayam-dipotong kecil 
  • Kacang panjang
  • sedikit serbuk kunyit-lumurkan pada ayam
  • sedikit serbuk kari
  • Garam secukupnya
  • Perisa Tumix
  • Minyak masak 
BAHAN TUMIS @GORENG:-
  • 1 biji bawang besar-di hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris juga
  • 2 batang cili merah-potong memanjang@ hiris menyerong pun boleh

CARANYA:-
  1. Bersihkan ayam dan lumurkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak dan sedikit garing.
  3. Bila ayam dah masak,tolak sedikit tepi kuali ,masukkan bhn tumis..goreng hingga layu dan sebatikan dgn ayam tadi.
  4. Masukkan serbuk kari,kacau rata dan masukkan kacang panjang.
  5. Perasakan dan sedia utk dihidang dgn nasi panas.

Friday, 6 September 2013

Tak beli pun dapat makan jugak...

Raya dah habis,tapi kuih2 nie lum habis dimakan lagi.....
tak beli,tapi dapat makan jugak!...
biasanya akan ada jer kuih2 yang tak habis tu ,akan di letakkan atas meja...kat tempat keje...
nanti sambil keje sambil lalu,capai sebiji2 ..last2 habis jugak kan!!..
Memang tak boleh ditahan2 jugak saya nie,ikutkan malam tak nak makan....last2 cair jugak bila terpandang kuih -kuih nie...


Tart nanas....

 Almond london yang menggunakan coklat putih nie pun sedap ......
pastinya apa2 yang menggunakan coklat semuanya sedap!!...


Bergaya lepas makan kenduri

 Alhamdullilah,lepas habis satu majlis jamuan hari raya di KPI ,terus pula menyambung makan di kediaman rumah Cikgu Arifuddin sempena majlis pernikahan anaknya... bertuah sungguh diri nie  dapat berjalan di red carpet....Wow! glamer gitu.....anak dara tu memang nak amik berkat..manalah tau kan jdohnya sampai cepat...



Sebenarnya masa nie perut memasing memang dah penuh ,lepas jamuan hari raya kat KPI tu.....tapi nak jugak isi lagi .....at least ,jamah sikitlah kan...sian tuanrumah penat2 amik katering .....


 pose dari adik "Lunaa" yang cukup bergaya......errmmm,ada gaya model x?...hihihi

 anak dara dan mak dara sedang melaram di red carpet....si anak ntah gi mana dah....

 sekali lagi pose dari adik -Wyda...


 Lepas habis makan kenduri,sambil nak balik tu sempat lagi cari side2 yang cantik utk sesi photografi....yeah gitu.....

Pak cik dan mak cik nie jiran sebelah rumah,biasanya kalau ada kenduri ke apa,kami akan ajak saing sekali dgn diorang nie.....memang cukup ramah mereka nie.....

Jamuan Hari Raya ke KPI


Tanggal 31 Ogos 2013,jam 10.00pagi bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Bangi,berlangsungnya jamuan hari raya dan sambutan hari Kemerdekaan yang ke 56.Anak-anak sekolah kat sini,tu yang pergi,kalau tak ,tak pergi jugak.

Meriah suasana jamuan ,ucapan dan disusuli dengan silat dari anak2 muda.makanan cukup enak,ada laksa,lontong,sate,roti canai,kuih muih dan air ....


memang kenyang makan....


Si mak dara nie memang cukup susah nak di ajak bergambar....tu pun amik spontan jer...




Alhamudullilah,perut kenyang,kami pulang ke rumah....sat gi nak makan pulak kat kenduri kawin dekat2 dgn rumah.....