Monday, 9 January 2012

Mee Siput goreng mamak

Assalamualaikum.......
Semalan teringin nak bf mee goreng,tapi bahan mee kuning x adalah pulak....cuma yang ada mee siput yang bulat2 dan kering tu.....tak apalah mee siput pun mee siputlah.....lagipun dah lama mee siput nie terperap kt dapur.....so,apalagi jom kita mulakan proses masak-memasaknya....



by:myda_ahmad
Bahan-bahannya:
4 keping mee siput(direndam dlm air suam-nak cepat kembang)
1 pokok sayur sawi-di potong pendek
1 biji telur


Bahan utk menumis
1 /2 labu bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
sedikit belacan
________________
2 sb sos cili
2 sb cili kisar
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
garam dan bahan perasa
minyak
___________
tomato-hiasan
limau nipis


Cara-caranya:
1.Mee siput direndam ke dlm air suam supaya cepat kembang.Bila dh kembang,toskan.
2.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan belacan.
3.Tumis bahan yg ditumbuk hingga sedikit garing,masukkan cili kisar,kemudian masukkan sos cili,sos tiram,kicap manis.
4.Masukkan mee siput dan pecah telur kedlmnya.Kacau rata hingga masak.Masukkan garam dan bahan perasa dan masukkan sawi.
*Jika nak sedap lagi,perahkan limau nipis .


*********************************************
myda_ahmad

******************

2 comments:

  1. mee mamak memang sedap! lagilah yang basah sikit... tambah dengan cili pedas! mmmm...leleh

    ReplyDelete
  2. kalau guna mee kuning lg sedapkan...lembut sikit,mee siput nie keras sikit..liat.tp apa2 pun licin jugak pinggan....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....