Monday, 9 January 2012

Kek Coklat Moist

Assalamualaikum .........
Hari nie saya nak cuba buat Kek Coklat Moist dan ini percubaan yang ke 2 kalinya.1st buat hanya guna tepung ready mixed ....kali nie nak try tepung yg  ada kat dapur.....dan saya nak try buat menggunakan resepi dari blog Bukan Sekadar Masakan.Dan kalau nak tgk resepinya klik SINI.Izinkan saya c&p kat sini juga yea.....






Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahanya:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam (saya letak 1/2 cawan air suam)
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)---saya letak 1/2 cawan koko + 1/2 cawan susu UHT perisa coklat)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila


*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....