Thursday, 29 December 2011

Masak simple2 ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari nie x de mood nak masak,cuma masak yg simple2 je dan cepat....begitu juga dengan mood menaip....apa-apa pun jomlah kita tgk menu apa yg dikatakan simple itu!......
Antaranya adalah........jeng3....


 Ikan Masak Lada Hitam
by:myda_ahmad
Bahan-bahannya:

  • 3@4 ekor ikan kembung(digoreng)
  • 1 ulas bawang kuning besar(dihiris )
  • 2 ulas bawang putih(diketuk)
  • 1 inci halia(diketuk)
  • 1 biji lada besar(dibelah 2)
  • 1 sb sos tiram
  • 3 sb sos lada hitam
  • 2 sb kicap manis
  • sedikit garam
  • minyak utk menumis
  • sedikit air

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang merah besar,bawang putih dan halia,kemudian masukkan lada merah.
  2. Masukkan sos tiram sos lada hitam ,kicap manis dan sedikit air serta garam.
  3. Akhir sekali, masukkan ikan yg digoreng.


 Tempe & Tauhu masak sambal
Bahan-bahannya:

  • 1 keping tempe(dipotong kecil2)
  • 1 biji tauhu(dipotong kecil2)
  • 1 biji bwg kuning-hiris
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • sedikit belacan*
  • 20 tangkai cili kering-rebus jap,bersihkan,tos dan blender*
  • sedikit garam dan bahan perasa
  • minyak
 Cara2nya:

  1. Blender bhn2 *.
  2. Tempe dan tauhu digoreng.
  3. Tumiskan bhn blender, biarkan hingga terbit minyak,masukkan,garam dan bahan perasa.
  4. Akhir sekali,masukkanbwg kuning,tempe dan tauhu.Kacau rata.

Kobis Beijing goreng belacan

Bahan2nya:
  • Kobis beijing(dipotong )
  • 2 inci lobak merah(dipotong menanjang dan nipis2)
  • 1 biji bawang kuning besar(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih(dihiris)
  • 1 biji lada merah(dihiris nipis2& serong)
  • sedikit ikan bilis
  • sedikit belacan
  • minyak
  • sedikit garam dan bahan perasa


Cara2nya:
  1. Tumis bawang besar,bawang putih ,ikan bilis dan sedikit belacan.
  2. Masukkan  lobak merah ,lada merah dan kobis.Masukkan garam & bahan perasa .


**********************************************
myda_ahmad

****************



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....