Saturday, 24 December 2011

Ikan Kembung Rebus Bercili

Assalamualaikum dan selamat tengahari......
Hari ini cuaca x panas dan tak hujan ...nampak mendung je....matahari langsung tidak kelihatan.....
Kalau nak ikutkan kain baju kat ampaian tu tak akan keringlah jawapnya dengan  keadaan cuaca yang lembap nie....
Kalau tido mesti best,tapi apakan daya kena gi shopping barang-barang dapur....termasuklah beli ikan kembung rebus nie....nak cuba masak bercili....


Bahan-bahannya:
5 ekor ikan kembung rebus
1 biji tomato(potong 4)
1/2 biji bawang besar(dihiris)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili hijau
3 biji lada merah
sedikit belacan
sedikit garam dan perasa
sedikit air asam jawa
minyak utk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:
1.Ikan kembung rebus digoreng sebentar.
2.Tumbuk cili hijau,lada merah, bawang merah dan bawang putih serta belacan.Tumbuk hingga lumat.
3.Tumis bahan yang ditumbuk.Masukkan air asam jawa, garam dan perasa.
4.Masukkan hirisan bawang besar dan tomato.Angkat dan tuangkan kedlm pinggan yg berisi ikan kembung tadi.

****************************************
myda_ahmad

*****************





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....