Friday, 27 December 2013

Part3-Motel Kampung Air Hangat

Destinasi Pantai Cenang sudah habis,so kami teruskan perjalanan ke kampung Air Hangat,di mana terletaknya penginapan kami yang kedua .Yang nie pun kami dah booking awal ...kadar semalam RM80.00,murah jugak!!...Ada 2 double bed....yang nie memang selesa sangat,persekitaran bersih,suasana kawasan kampung yang tak bising,nyaman jer.....ada aircond lagi !!!!...berdekatan dgn kedai runcit dan kedai2 makan...
sumber:gambar google
 Map nie mmg kami dah print siap2 dari rumah,so bila dah sampai sana,tak perlu nak susah2 bertanya org....ada jugak sesekali bukak GPS....inginkan kepastian...


 Kami chek-in kat sini dalam pukul 1.30pm gitu,boleh masuk terus coz bilik tu mmg kosong...rehat2 jap,beli makanan dan solat.



Petang sikit baru keluar ,gi ke destinasi seterusnya,iaitu Air TerjunTelaga Tujuh .

Part 2-Pantai Cenang,Langkawi

Sampai di Langkawi dah lewat malam,so kami terus dapatkan kereta sewa yang kami booking awal2 lagi sebelum bertolak...terus ke penginapan kami yg pertama di Amani Guesthouse,berdekatan dengan Pantai Cenang dengan kadar semalam RM54.00,tapi sebab kami booking dgn agoda ,so semuanya jadilah RM60.00.Saya tak amik pic kat Amaniguest House nie.Cuma boleh saya katakan,persekitaran kurang memuaskan,ada sampah kat celah2 koridor,bilik ok,cuma panas kipas ada tapi penuh habuk....ada 2 katil double,pahadal kami booking utk satu katil single dan satu katil double...

Kerana tak tahan panas malam tu,saya dan hubby mandi jugak tgh malam buta...bukan malam lagi dah jam dah pukul 1.00 pagi pun...sepanjang malam tidur dalam keadaan kepanasan...hubby lagilah,pindah tido terus dari atas katil ke lantai sampailah keesokkan paginya....

Pantai Cenang adalah destinasi kami yang pertama utk kami lawati.Lepas bf,kami pusing2 kat Pantai Cenang.Ada nampak jugak Cenang Mall dalam pembinaan,maybe hampir lebih separuh nak siap.Mengelilingi sepanjang Pantai Cenang,ada Underwater world dan bersebelahan dgnnya ada tempat jualan bebas cukai...kelihatannya penuh dgn barangan Tefal..

Tak nak buang masa,so naik balik rumah dan tukar baju untuk mandi pantai..
mandi pun dah dekat pukul 10.30pagi....tak jauh pun dari tmpt penginapan...jalan kaki aje....
Mandi sakan anak2,sampai kan tak nak naik,nak tak nak kena paksa naik jugak coz nie pun dah lewat untuk kami chek-out.....naik rumah,mandi2 lebih kurang,kelam kabut jugaklah dibuatnya....kalau kita sorang tak pe..nie nak siapkan anak2 lagi,nak packing baju lagi..last2 sumbat jer mana2 yg patut.....
12.00tghhari pintu dah diketuk ,mengingatkan kami utk chek-out,padahal masa tu baru siap bilas badan...make-up pun dalam keta aje...huhuhu...




Alhamdullilah,cuaca baik kat Langkawi,panas...dapatlah kami meneruskan perjalanan dan percutian kami ....

Percutian dan Flight kami ke Langkawi-Part 1

 Selamat pagi semua...
Baru berkesempatan nak mengupdate blog,padahal ada jer masa,cuma satu keyboard rosak semua hal tergendala.....ni pun pinjam sat keyboard hubby ....lagi lama,lagi lah malas nak buat entry nanti....huhuhu..
Percutian kami kali nie memang best2 sangat,rasa tak puas,In  Sha Allah ,lain kali nak pegi lagi....

Kami dah booking tiket flight agak2 sebulan sebelum nak pegi,cari mana2 time yang Airasia bagi murah jer!!...Last2 dapat jugak yang murah,tiket pergi RM51.00 dan balik RM62.00...so kami booking terus untuk satu family (8 orang).Kami amik tiket 17/12/13 jam 9.25malam.Tapi terbang dari LCCT lewat sedikit dari masa sepatutnya 9.50malam,penerbangan yang last utk hari itu...

Untuk ke Lcct ,kami bawa sendiri kereta kami ke sana dan kami parking di zone A,bayaran utk 2 hari  dalam RM121.50....


 Memang teruja dan excited sebab nak naik kapal terbang,seumur hidup nielah 1st time baru dapat naik....kalau tak bila lagi nak naik......Segala persiapan diatur dengan rapi,mencari maklumat2 tentang hotel,tempat2 menarik di sana,siap print segala info2 yang berkaitan tiga empat hari sebelum berlepas......map langkawi  pun print jugak...biar percutian kami bermakna tanpa membuang masa untuk mencari lokasi yang menarik@pulau2@pantai2 setibanya di sana nanti....

Dengan berbekalkan maklumat yang ada,In Sha Allah semua dipermudahkan.....Semua penginapan untuk 3 hari 3 malam di sana ,kereta sewa,tiket cablecar sudah booking awal2 lagi di rumah......





 Untuk 3 hari 3 malam,kami sewa 3 penginapan yang berlainan.Sampai2 di sana lebih kurang jam 10.50malam.Sampai di airport Langkawi ,duduk sat,hubby call Mr kereta sewa tu.....sewa satu hari RM140.00,kami sewa UNSER untuk 2 hari dan sesuai dgn family yang besar cam saya nie.....

Abadikan potret di landasan Airport International Langkawi setibanya di sana...



Duk sat,penat dukung beg yang sarat dgn baju2......tak puas dok dalam flight,dah sampai..huhuhu..naik flight malam ,tak nampak apa pun cuma kerdipan lampu2 jer....
bersambung.........

Monday, 16 December 2013

Asam Pedas Ikan Baung

Tinggal satu hari lagi kami nak berangkat dan bersiap sedia untuk terbang di awan biru menuju ke Langkawi....memang excited, saya dan anak beranak 1st time nak naik aeroplane.....kalau hubby maybe dah x kisah kot coz dia dh banyak kali naik......
Flight kami esok jam 9.15malam,dan akan tiba disana pada jam 10.55 malam....semua penginapan utk 4 hari 3 malam ,sudah kami booking awal2 lagi ......termasuklah kereta sewa dan tiket cablecar...senang,bila dah sampai terus call org2 tertentu utk urusan kereta dan tiket .......tak perlu lagi utk kami beratur panjang mendapatkan tiket cablecar....
Ok,stop di situ dulu.Untuk entry hari ini,saya nak berkongsi masakan asam pedas ikan baung.Asam pedas saya tidak menggunakan daun kesum kerana x de stok,cuma saya gantikan dgn daun limau purut....sedap jugak!!.....
Dan dekat seminggu lebih ikan baung tak terusik.Sayang kan kalau tak di masak,penat2 jer en hubby mancing ....so utk clearkan petisejuk,keluarkanlah jugak ikan baung tu....nak bg anak2 mkn saya masak asam pedas..bdk2 mmg suka asam pedas...(diorg kurang suka ikan2 sungai nie)
.Jom,semak resepi saya yg mudah ini...

ASAM PEDAS IKAN BAUNG
 Bahan-bahan:-
  • 3 ekor ikan baung
  • 20 tangkai cili kering
  • Daun limau purut
  • Lengkuas
  • serbuk kunyit
  • Garam & bhn perasa
  • minyak
  • Asam keping
  • Air secukupnya

Bhn Tumbuk:-
  • Bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • Halia
Cara-cara:-
  1. Ikan disiang,buang isi perut dan dipotong 3,basuh dgn limau purut hingga hilang bau hanyir..
  2. Cili kering dipotong memanjang,rebus kejap..basuh dan buang bijinya,blender.
  3. Tumiskan bhn tumbuk hingga naik bau,masukkan serbuk kunyit sikit,kacau2 dan masukkan air, asam keping serta lengkuas.
  4. Didihkan sekejap kemudian masukkan ikan.
  5. Perasakan dgn garam dan bhn perasa.
  6. Biarkan mendidih lagi @ sehingga ikan itu masak.


Wednesday, 11 December 2013

Rendang daging

Selamat malam....
siang tadi sibuk memanjang kat dapur jer.....
daripada menguli adunan roti puri  sambil masak utk hidangan tengahari.....
masak rendang pulak,memang amik masa lamalah......
abis masak,mandi siap2,lepas tu terus kerjakan doh roti puri tu pulak.....
nasib baik ada anak2 tolong,lau tak jenuhlah bila nak sudah.......

Petang tadi sempat belajar sat dgn en hubby,tutorial nak amik gambar dgn menggunakan kamera DSLR....kebetulan lepas amik gambar roti puri tu,en hubby balik so, dia dgn berbesar hatinya mengajar serba sedikit cara2 nak main dgn  cahaya,ISO,background dsbnya.....
Sebelum2 nie ada jugak curi2 pinjam kamera en hubby time dia gi kerja,dah guna cepat2 simpan .....hihihi....

Rendang nie kaler kuning,tak macam rendang tok yg kalernya seakan2 merah gelap....mak saya mmg selalu masak stail nie ajer,so anak2nya pun ikut stail dia jugak!!.....

Roti Puri@ Pau Goreng

Resepi adunan roti puri ini saya amik dari blog Teratak Mutiara Kasih@Linapg....saya doublekan adunan ini supaya dapat banyak apabila digoreng nanti,jadi anak2 bolehlah makan 4 @5 ketul sorang.....dan saya cuba  pelbagaikan bentuk,memula tu buat bentuk cam biasa jer,cam yg Linapg buat tu,lepas2tu try terap dgn acuan donat,nampak comel jer dan teringat pulak ada lebihan kelapa yg dh disira dgn gula merah dalam peti sejuk ....so saya try isikan inti kelapa dalam terapan doh tu........(buat macam kuih karipap,leperkan memanjang,masukkan inti bhgian tepi kiri,lepas tu lipat dan tekap dgn cawan)..

Tak sempat nak makan 3 ketul,tgk2 dah licinnnn......itu dah didoublekan,lain kali kalau nak buat lagi kena di triplekan pulak...alhamdullilah,.dapat sambutan jugak roti puri@pau goreng yang mama buat nih!!hihihi.......


 RESEPI ROTI PURI
Sumber:Linapg@Teratak Mutiara Kasih

Bahan-bahan:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam*
  • 3 sudu makan minyak masak*
  • 2 sudu makan gula*(boleh kurangkan jika x suka manis)
  • 175ml air panas*
  • 40-50ml air(jika perlu)-yg nie saya x guna pun,cuma saya  tambah tepung sikit2 sbb adunan lembik
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya:-
  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata.Ketepikan.
  2. Satukan garam,gula,minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung(sedikit semi sedikit).Gaul dgn mengginakan garfu sehingga bercampur sahaja.
  4. Dengan menggunakan tangan,gaul adunan menjadi seperti serbuk roti/~breadcrumb~
  5. Jika perlu tambahkan air sedikit2 dan adun sehingga x melekat di tangan n menjadi doh.
  6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembapkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30 minit.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
  7. Pastu bolehlah dibahagikan dogh kepada 12 bahagian bulat yang kecil.Agak2lah saiz tu berapa ya.Linapg buat saiz bola golf.
  8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap.
  9. Siap utk digoreng..goreng sebijik2 ok...

Tips utk menggoreng:
  • Gunakan api yang kecil/sederhana..org cakap kena pandai main api..hehe...kalau guna api yg besar blh mnybbkan roti ni x mengelembong/naik kembong.
  • Semasa menggoreng hendaklah disimbah2kan minyak ke atas roti ni..bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan..SELAMAT MENCUBA






Tuesday, 10 December 2013

Menu tengahari ini

 Hari nie menu tghhari saya pucuk paku celur digandingkan dgn sambal belacan,alhamdullilah,sedap sungguh...nak bagi pucuk paku nie tak lebam,saya rebus air hingga mendidih dgn api yg besar,masukkan sikit garam....dh mendidih kuat,saya padamkan api,masukkan pucuk paku,golek2 dan angkat serta toskan.

  Sambal belacan saya nie simple je,tumbuk cili merah dan cili hijau hingga lumat,masukkan belacan ..saya bakar dulu belacannya,masukkan garam dan gula...serta perahkan limau bila nak makan.....


 Dan ikan pekasam nie,goreng aje hingga garing dgn api perlahan,bila dh nak agak2 garing sikit tu masukkan cili merah dan bwg merah ..goreng sekali hingga ikan dan bwg betul2 garing...

Sayur lemak kobis dicampur dgn kentang,carrot,tauhu kering dan soon.Bagi saya mmg cukup lengkap hidangan tengahari  ini,ada kuah,ikan masin,sambal dan ulam.Cuma masak lemak nie,kalau boleh tak naklah masak selalu,lain kali nak masak sayur cara rebus pulak....tapi apakan daya anak tekak nak jugak makan lemak2(lepas mkn lemak2 nie baru teringat lemak2 kat badan...huhuhu).......

Cara-cara nak buat Ikan pekasam

IKAN PEKASAM
Sumber Info:Berita Harian,17 November 2013
  • Pekasam adalah makanan tradisional turun temurun yang pada awalnya dihasilkan secara sampingan daripada lebihan ikan hasil tangkapan dari sungai,tali air dan sawah padi.
  • Pekasam juga adalah makanan peraman tradisional  yang terkenal dari utara Semenanjung.
  • Biasanya pekasam dihasilkan dari ikan air tawar jenis sepat,talapia,lampam,puyu,loma haruan dan lain-lain.Begitupun,ikan sepat paling digemari kerana rasanya yang enak dan aroma yang mengamit selera apabila dimasak dengan pelbagai cara dan resepi  masyarakat setempat.
  • Analisis yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan  dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI) membuktikan yang ikan pekasam mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kandungan garam lebih rendah berbanding hasil ikan awet lain.
  • mengikut kaedah tradisional,tempoh perapan mengambil masa agak lama iaitu sekitar empat hingga lapan minggu.Penyelidikan moden menemui satu kaedah ikan baru untuk menghasilkan ikan pekasam  yang boleh diperap sekitar satu hingga dua minggu.


Cara-cara memproses pekasam:-
  • Ikan air tawar yang dipilih akan disiang,dibuang perut dan dibersihkan.
  • Toskan air daripada bahagian ikan sebelum dilumur dengan garam pada kadar 15 peratus.
  • Setelah dilumur garam,ikan diperap selama 2 hingga 3 hari.
  • Selepas melalu proses perapan,ikan sekali lagi dicuci dengan air melalui  tiga proses dan ditoskan.
  • Sebaik dikeringkan ikan digaul pula dengan beras goreng yang sudah dihancurkan ,sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara dan dicampur dengan sedikit asam jawa.
  • Peram untuk kali kedua selama kira-kira 14 hari di dalam balang kedap udara.
  • Pekasam yang sudah melalui proses "matang" kini boleh dibungkus dan sedia dipasarkan.



Hari nie saya nak kongsikan sedikit cara-cara bagaimana nak buat ikan pekasam.Ini adalah cara yang selalu saya guna bila nak buat ikan pekasam.Dan sedikit  bantuan dari info di atas.....

 Ikan yang dah disiang,dibasuh bersih.

Toskan airnya

 Kemudian,taburkan garam,kalau boleh garam kasar lagi elok.Gaul sebati.

Masukkan asam keping dan perap dalam bekas kedap udara selama dua  hari(saya perap satu hari je).Kalau banyak maybe saya perap dua hari.

 
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil,hingga keperangan.
Sentiasa dikacau,supaya tak hangus.

 
Bila beras dah keperangan,blender beras,jangan terlalu halus.Agak2 ada kasar sikit...

 Ikan yang dah diperap selama dua hari itu,di basuh untuk kali kedua.Basuh bersih.Masa nie ,ikan itu mengeluarkan bau yg busuk.Tak pe biarkan bau busuk tu....
Toskan airnya.

Salut dan lumurkan  ikan2 itu  dengan beras goreng yg telah diblender.Sumbat beras dalam perut ikan2 tu sekali yea.....

Masukkan ikan2 yang dah disalut dgn beras ke dalam bekas.Simpan dalam bekas kedap udara dan biarkan peraman satu hingga dua minggu.Masa nak peram nie saya lapiskan setiap lapisan ikan dgn asam keping.
Ok,siap....Tunggulah seminggu dua lagi,lepas tu bolehlah digoreng.....

Ikan Pekasam


 Ikan pekasam adalah makanan tradisional turun temurun yang pada awalnya dihasilkan secara sampingan daripada lebihan ikan hasil tangkapan dari sungai,tali air dan sawah padi.Pekasam juga adalah makanan peraman tradisional yang terkenal dari utara semenanjung.

Nak dijadikan cerita,minggu lepas hari Rabu malam 5/12/13,jam 12.00pagi en hubby gi memancing dgn kawan2 nya  ke Grik,Tasik Banding.memang itulah hobby my hubby bila tibanya cuti sekolah nie....dan masa baliknya mmg akan singgah dan beli ikan pekasam nie  di gerai2 tepi jalan...

Ikan pekasam Tengalan  seekor harganya RM 4.50,yg lain2 tu ada yg 3 paket RM 10.00 dan harganya pun bergantung pada jenis ikan jugak.
Makan dgn nasi putih panas2 sedap nih!!!baru2 kawin dulu,mmg x pandang pun ikan pekasam nie,busuk!!!fikir dlm hati,boleh ke diorg nie mkn ikan busuk?....tapi sekarang nie hah,dh jadi favourite pulak dah!!!...ketagih jugaklah,asal hubby gi Tasik banding memang tak pernah miss nak beli ikan pekasam nie....