Wednesday, 11 December 2013

Roti Puri@ Pau Goreng

Resepi adunan roti puri ini saya amik dari blog Teratak Mutiara Kasih@Linapg....saya doublekan adunan ini supaya dapat banyak apabila digoreng nanti,jadi anak2 bolehlah makan 4 @5 ketul sorang.....dan saya cuba  pelbagaikan bentuk,memula tu buat bentuk cam biasa jer,cam yg Linapg buat tu,lepas2tu try terap dgn acuan donat,nampak comel jer dan teringat pulak ada lebihan kelapa yg dh disira dgn gula merah dalam peti sejuk ....so saya try isikan inti kelapa dalam terapan doh tu........(buat macam kuih karipap,leperkan memanjang,masukkan inti bhgian tepi kiri,lepas tu lipat dan tekap dgn cawan)..

Tak sempat nak makan 3 ketul,tgk2 dah licinnnn......itu dah didoublekan,lain kali kalau nak buat lagi kena di triplekan pulak...alhamdullilah,.dapat sambutan jugak roti puri@pau goreng yang mama buat nih!!hihihi.......


 RESEPI ROTI PURI
Sumber:Linapg@Teratak Mutiara Kasih

Bahan-bahan:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam*
  • 3 sudu makan minyak masak*
  • 2 sudu makan gula*(boleh kurangkan jika x suka manis)
  • 175ml air panas*
  • 40-50ml air(jika perlu)-yg nie saya x guna pun,cuma saya  tambah tepung sikit2 sbb adunan lembik
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya:-
  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata.Ketepikan.
  2. Satukan garam,gula,minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung(sedikit semi sedikit).Gaul dgn mengginakan garfu sehingga bercampur sahaja.
  4. Dengan menggunakan tangan,gaul adunan menjadi seperti serbuk roti/~breadcrumb~
  5. Jika perlu tambahkan air sedikit2 dan adun sehingga x melekat di tangan n menjadi doh.
  6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembapkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30 minit.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
  7. Pastu bolehlah dibahagikan dogh kepada 12 bahagian bulat yang kecil.Agak2lah saiz tu berapa ya.Linapg buat saiz bola golf.
  8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap.
  9. Siap utk digoreng..goreng sebijik2 ok...

Tips utk menggoreng:
  • Gunakan api yang kecil/sederhana..org cakap kena pandai main api..hehe...kalau guna api yg besar blh mnybbkan roti ni x mengelembong/naik kembong.
  • Semasa menggoreng hendaklah disimbah2kan minyak ke atas roti ni..bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan..SELAMAT MENCUBA






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....