Tuesday, 10 December 2013

Cara-cara nak buat Ikan pekasam

IKAN PEKASAM
Sumber Info:Berita Harian,17 November 2013
  • Pekasam adalah makanan tradisional turun temurun yang pada awalnya dihasilkan secara sampingan daripada lebihan ikan hasil tangkapan dari sungai,tali air dan sawah padi.
  • Pekasam juga adalah makanan peraman tradisional  yang terkenal dari utara Semenanjung.
  • Biasanya pekasam dihasilkan dari ikan air tawar jenis sepat,talapia,lampam,puyu,loma haruan dan lain-lain.Begitupun,ikan sepat paling digemari kerana rasanya yang enak dan aroma yang mengamit selera apabila dimasak dengan pelbagai cara dan resepi  masyarakat setempat.
  • Analisis yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan  dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI) membuktikan yang ikan pekasam mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kandungan garam lebih rendah berbanding hasil ikan awet lain.
  • mengikut kaedah tradisional,tempoh perapan mengambil masa agak lama iaitu sekitar empat hingga lapan minggu.Penyelidikan moden menemui satu kaedah ikan baru untuk menghasilkan ikan pekasam  yang boleh diperap sekitar satu hingga dua minggu.


Cara-cara memproses pekasam:-
  • Ikan air tawar yang dipilih akan disiang,dibuang perut dan dibersihkan.
  • Toskan air daripada bahagian ikan sebelum dilumur dengan garam pada kadar 15 peratus.
  • Setelah dilumur garam,ikan diperap selama 2 hingga 3 hari.
  • Selepas melalu proses perapan,ikan sekali lagi dicuci dengan air melalui  tiga proses dan ditoskan.
  • Sebaik dikeringkan ikan digaul pula dengan beras goreng yang sudah dihancurkan ,sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara dan dicampur dengan sedikit asam jawa.
  • Peram untuk kali kedua selama kira-kira 14 hari di dalam balang kedap udara.
  • Pekasam yang sudah melalui proses "matang" kini boleh dibungkus dan sedia dipasarkan.



Hari nie saya nak kongsikan sedikit cara-cara bagaimana nak buat ikan pekasam.Ini adalah cara yang selalu saya guna bila nak buat ikan pekasam.Dan sedikit  bantuan dari info di atas.....

 Ikan yang dah disiang,dibasuh bersih.

Toskan airnya

 Kemudian,taburkan garam,kalau boleh garam kasar lagi elok.Gaul sebati.

Masukkan asam keping dan perap dalam bekas kedap udara selama dua  hari(saya perap satu hari je).Kalau banyak maybe saya perap dua hari.

 
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil,hingga keperangan.
Sentiasa dikacau,supaya tak hangus.

 
Bila beras dah keperangan,blender beras,jangan terlalu halus.Agak2 ada kasar sikit...

 Ikan yang dah diperap selama dua hari itu,di basuh untuk kali kedua.Basuh bersih.Masa nie ,ikan itu mengeluarkan bau yg busuk.Tak pe biarkan bau busuk tu....
Toskan airnya.

Salut dan lumurkan  ikan2 itu  dengan beras goreng yg telah diblender.Sumbat beras dalam perut ikan2 tu sekali yea.....

Masukkan ikan2 yang dah disalut dgn beras ke dalam bekas.Simpan dalam bekas kedap udara dan biarkan peraman satu hingga dua minggu.Masa nak peram nie saya lapiskan setiap lapisan ikan dgn asam keping.
Ok,siap....Tunggulah seminggu dua lagi,lepas tu bolehlah digoreng.....

54 comments:

  1. Husben & anak pompuan kak ina suka sangat makan ikan pekasam ni...crunchy aje yang serdak tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg hantu ikan nie,kalau dulu2 cukup menyampah dgn baunya.Sekarang nie tercari2 pulak...kalau bln2 puasa cari ikan pekasam nie,mmg berselera lah time sahur..

      Delete
    2. simpan didalam peti sejuk yg beku atau biasa

      Delete
    3. mana2 bole,kalau nk thn lama simpan dlm peti sejuk..

      Delete
  2. Teringat dulu-dulu mak suka buat ikan pekasam guna ikan lampam yang hidup. Kalau buat guna ikan yang dah mati, tak sedap kan..... nanti jadi busuk pula.

    ReplyDelete
  3. Dekat market Pala bataih ada satu gerai jual pekasam.haghi kalau mai haghi tu jugak habih..sekilo$22 ikan sungai,lampam,..krapkali tak dan,sbb ada oghang booking 4-5 kilo sekali angkat..ikan tilapia sebungkus $4 tak laku

    ReplyDelete
  4. Percubaan pertama membuat pekasam dengan berpandukan kaedah di atas agak berjaya jugalah. Tapi, belum sampai 2 minggu sudah licin tempat memeram. Sedapnya belum melampau sbb beras masih keras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nya coz sudah buat ikan pekasam ikut cara2 di atas...maybe next time boleh coba lagi...

      Delete
  5. Percubaan pertama membuat pekasam dengan berpandukan kaedah di atas agak berjaya jugalah. Tapi, belum sampai 2 minggu sudah licin tempat memeram. Sedapnya belum melampau sbb beras masih keras.

    ReplyDelete
  6. Percubaan pertama membuat pekasam dengan berpandukan kaedah di atas agak berjaya jugalah. Tapi, belum sampai 2 minggu sudah licin tempat memeram. Sedapnya belum melampau sbb beras masih keras.

    ReplyDelete
  7. Menantu i orang Bagan Datok. Suatu hari dia bawa balik ikan pekasam tiga ekor besar dua jari. Lepas digoreng dia hidangkan dan ajak saya makan sama-sama. Sebelum ni i tak pernah rasa. Mak datok sedapnya. I tengah plan ni. Ada lombong tinggal banyak ikan lampam besar2 tapak tangan. Dah tahu cara buat ikan pekasam ni, meriahlah. Terima kasih atas ilmu yg diberi.

    ReplyDelete
  8. knpe saya bt ikan pekasam ia jdi hancur??asam byk ke..tolong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sbb asam,maybe keadaan ikannya tu rasanya...samada ikan baru atau ikan yg dh lama..

      Delete
  9. knpe saya bt ikan pekasam ia jdi hancur??asam byk ke..tolong..

    ReplyDelete
  10. knpe saya bt ikan pekasam ia jdi hancur??asam byk ke..tolong..

    ReplyDelete
  11. salam.. ikan pekasam kalau hancur ada beberapa sbb..
    1-Ikan pekasam yg dah lama sgt
    2-Goreng dalam minyak yg cukup panas, kalau tak bape panas terus letak mmg dia lekat, bila balikkan ikan jd hancur.
    3. Kuali jenis lekat bila goreng ikan.
    4. selalu kacau sgt tu yg hancur tu hehe...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Apa maksud "...ikan sekali lagi dicuci dengan air melalui tiga proses dan ditoskan."Tolong jelaskan apa maksud "tiga proses" tu.Tiga kali cuci ke, tiga kali basuh ke atau apa ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. saya dah mula cuba buat. Saya rasa saya dah buat pada tahap kebersihan yang tinggi. Guna ikan segar, cuci pakai limau purut, seal penutup supaya betul-betul kedap udara, tapi bila dah seminggu simpan saya dapati ada berengge dlmnya. hancur luluh harapan nak makan pekasam buatan sendiri. Adakah pekasam saya tu masih boleh diselamatkan lagi. Minta tolong bagi pendapat macamana nak elak dari berengge (ulat) ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. td dah type dah cara2 nak elak perkara ni, lupa nak publish lak. kalau berminat nak tau (sbb malas nak type semula) emel saya di zulharuddin@yahoo.com

      Delete
  14. sedapnya....ikan pekasam,,nk cuba buat la,,tq sharing

    ReplyDelete
  15. Ada satu rahsia buat pekasam yang ramai orang tak tahu. ini cara orang kampar (satu daerah di Sumatera) kalau tak silap saya. Semasa memerap ikan dengan garam dan asam keping, bungkus elok2 di dalam plastik beras, ikat ketat2 dan balut lagi dgn 2 or 3 helai plastik biasa. Rahsianya, tindihkan ikan2 tu dgn batu (contoh-batu-bata) yang berat supaya isi ikan jadi mampat. Jadi tak ada peluang berengga nak hidup. Tapi garam dan asam mestilah mencukupi, kalau garam kurang, ikan mudah busuk sebab garam dan asam ni berfungsi sbg pengawet. Tips, kalau ikan besar dan tebal, potongkan nipis2, kalau ikan kecil mcm sepat sebesar 2 jari, tak payah potong. Nak info lanjut, emel saya di zulharuddin@yahoo.com. Selamat berjaya InsyaAllah.

    ReplyDelete
  16. sy mmg slalu wat pekasam...suami suka pergi memukat ikan.....skali buat dapatlar 2-3 botol besar ikan pekasam...ade yg nak beli tp sy lebih suka bagi je terutama saudara mara....yg penting keseronokan menghasilkan pekasam dan nikmatnya ketika makan.

    ReplyDelete
  17. saya dah 7 tahun buat dan jual pekasam di rawang selangor . sekarang tgh sibuk cari ikan nak buat stok pekasam bulan pose... sape2 nak beli pekasam boleh contact 0123992445 / 0123993064. Sapa yang ada ikan mentah nak jual bleh call saya.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.. ermm ape perbezaan antara pekasam ikan air masin dengan ikan air tawarr?? Trima kasih.

    ReplyDelete
  19. Salam..saya ada buat dan jual pekasam..ala johor.kalau nak cuba kelainan boleh hubungi sya 0137683387..belum cuba belum tahu

    ReplyDelete
  20. Salam. Sis, ikan tu perap dlm peti ke atau kat luar je?

    ReplyDelete
  21. Salam. Sis, ikan tu perap dlm peti ke atau kat luar je?

    ReplyDelete
  22. Kalau sya sng jew cara sya buat xpyah pening2 alhamdulliah menjadi mentua n suami pon suke
    1basuh ikan bersih dan toskan air
    Pastikan ikan tu xdew air

    2.lumurkan dgn garam kasar
    Selepas tu lumurkan dgn beras goreng
    Sumbat dalam2 perut ikan

    3letak dlm balang yang biasa org letak biskut raya alah rm1-2 jew satu balang
    Lapiskan letak ikan letak garam

    4.last sekali taburkan lebihan berasa goreng

    #beras goreng perang blend kasar

    ReplyDelete
  23. Saya merupakan pembekal ikan sebarau,baung,talapia,terubong,temberas,patung

    sekilo rm 7....sapa nak buat pekasam boleh lah contact saya....saya area perak

    ReplyDelete
  24. Process last sekali tu kene simpan dalam peti sejuk atau boleh simpan dalam suhu bilik sahaja

    ReplyDelete
  25. Process last sekali tu kene simpan dalam peti sejuk atau boleh simpan dalam suhu bilik sahaja

    ReplyDelete
  26. sy baru buat dgn ikan2 sungai. sy rendam semalaman ikan2 tersebut semalaman, toskan sampai kering kemudian baru letak selapis demi selapis dgn beras goreng yg ditumbuk kasar. x bau busuk dan x terlalu masin. sgt sedap. Sy simpan dlam tupperware besar jer.

    ReplyDelete
  27. Sape2 nak beli ikan talipia hitam boleh call saya..utk buat pekasam pom boleh..0139718652 area putrajaya Bangi

    ReplyDelete
  28. Nk tya boleh, mcm setengah tempat letak sekli asam keping untuk bg masam ke

    ReplyDelete
  29. Saya hafis dari kuala kangsar nelayan Sungai Perak, saya boleh supply ikan lampam mentah jika Ada tempahan no phone 0175574550

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brp rm sekilo lampam.talapia ade x.watsaap sy 0162059170 fisa.

      Delete
  30. Alhamdulilah....berkat resepi ni saya kini usahakan kecilan pekasam talapia...next time boleh kembangkan

    ReplyDelete
  31. x mau ikan berulat, tlak daun nangka 3-5 helai dlm bekas ikan..

    ReplyDelete
  32. xpayah susah2...bubuh garam lebih kmdn bubuh nasi..klu ada kepayang lg syok...wow dlm seminggu dh bole mkn...asam gilerrr

    ReplyDelete
  33. xde sape pon jelaskan dah siap semua proses peram yg last tu dalam peti ke kat luar kalau dalam peti boleh ke hehe xde la masalah ulat. hihi tye je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy perap lam peti dan dh siap semua pon buh lam peti yg last tu..xde masalah lalat

      Delete
  34. Assalamualaikum...nak tanya tapi bukn pasal pekasam la..biasa saye buat ikan masin guna garam kasar..elok la ikan nye...kelmarin mak saye dok kacau keje saye dy p buat ikan masin letak garam halus..jadi nk tnata ikan tu hancur jadi nye adakah terlalu lama perap atau kerana guna garam halus???? Bau pon jadi xsedp....

    ReplyDelete
  35. salam.
    saya baru belajar buat pekasam dgn cara merendam ikan dgn air garam kasar dan asam keping. Setelah beberapa hari ikan ditoskan dan kemudian dibuboh beras goreng. Masalahnya dalam beberapa hari beras goreng tu mula naik kulat putih-putih. Kenapa jadi macam ni yer?. Adakah sbb ikan tak betul2 kering masa buboh beras?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....