Thursday, 1 November 2012

Sambal Tumis Ikan bilis

 Update entry tertunggak....
Sambal tumis ikan bilis memang favorite kami anak beranak.Kalau malas nak masak lauk@sayur,sambal nielah yg selalu ada di atas meja.....ada telur dadar,ikan bilis goreng@ikan kembung goreng pun jadi.......
anak2 tak pernah merungut tetapi diorang lebih suka sambal ini berbanding rendang@kari......jadi  kat umah ini jarang sekali masak rendang@kari......
Masaknya memang mudah tapi nak selitkan resepi juga utk tatapan anak2....kekadang buat letak belacan,kekadang tak letak..tapi sedap lagi kalau tak letak belacan,itu citarasa anak tekak saya.......belacan juga akan mempengaruhi warna sambal itu,mungkin merah sambal akan menjadi lebih gelap sedikit.....

Bahannya:
  • 15-20 tangkai cili kering,direndam
  • 2 biji bawang besar,1 biji diblender,1 lg dihiris
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 asam keping
  • Air & minyak secukupnya
  • Garam,gula & aji 
  • segenggam ikan bilis-digoreng garing
Caranya:
  1. Basuh cili kering yang telah direndam tadi,buangkan biji2nya.
  2. Blender cili kering,bwg besar,bwg putih.
  3. Panaskan minyak,tumis bhn blender hingga naik minyak.
  4. Masukkan sedikit air,garam,gula,asam keping, & aji.Biarkan masak seketika.
  5. Bila agak pekat sedikit masukkan hirisan bwg besar dan akhir sekali masukkan ikan bilis.
  6. p/s selalunya biji2nya saya akan buang supaya bila masak nanti sambal taklah  pedas sgt.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....