Thursday, 1 November 2012

Sambal Sardin

 Dan selamat petang,jap tadi dalam kul 12.30 tghhari kat sini hujan lebat diikuti dengan bunyi guruh  berdentum2 dilangit ......tak lama ,dalam pukul 2.00ptg dah reda,cuma renyai2 saja..dan sekarang nie elok je ....cuma ada sedikit awan mendung......

Menu hari nie simple tapi sedap.....haaa,mmg simple betullll....bukak tin ,masuk dlm kuali kacau2 siap.....

Memang jemu jugak asyik makan sardin je,tapi kalau pandai pelbagaikan memang sedap!....

SAMBAL SARDIN

Bahannya:
  • 1 tin kecil sardin(suka yg cap tomato-isinya kecik2)
  • 5 tangkai cili kering,direndam dgn air panas
  • 1/2 biji bwg besar(saiz sederhana)
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 asam keping
  • Halia
  • Garam & aji
  • Air & minyak secukupnya

Caranya:
  1. Cili kering ditumbuk lumat,masukkan bwg besar,bwg putih & halia tumbuk separa lumat.
  2. Tumis bhn tumbuk hingga naik minyak,masukkan sardin dlm tin.Kacau rata.
  3. Masukkan sedikit air,garam & aji.Bila kuah agak pekat,padamkan api.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....