Wednesday, 7 March 2012

Apam Beras

Assalamualaikum dan selamat malam....
Sekarang nie jam menunjukkan pukul 10.06 malam,jap lagi time nak gi keje pulak,keadaan cuaca kat sini tengah hujan,sejuk,nyaman..kalau tido nie mesti sedap dibuai mimpi... seharian dok kat rumah,sempat jugak buat kuih apam beras nie petang tadi untuk minum petang.....
Buat dalam acuan kecil2,biar nampak comel, makan pun terus ngap je.... tak payah nak potong2 lagi.....Saya buat dalam 3 warna ,hijau,pink dan warna asal(putih).Resepi apam beras yang saya cuba nie adalah dari blog potretkasih... terima kasih yea kerana sudi berkongsi resepi apam beras yang sedap ini....







Sumber:cha@myresepi
Sumber2:potretkasih.com/


Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!




Apam beras dalam 3 warna yang berlainan....pink,hijau dan warna asal.


*****************************************************
myda_ahmad

***********************

          2 comments:

          1. Sedaaappnyerrr apam beras itewww..terliur pepagi nih..hehe..
            Jemput baca blog saya..kita exchg link yea..thanks dear..
            http://rafaliah.blogspot.com/2012/03/shaklee-carotomax-vitamin.html

            ReplyDelete
          2. 1st,thank sudi mampir blog nie yea.....
            2nd, akan saya singgah blog anda...

            ReplyDelete

          Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....