Thursday, 8 March 2012

Apam Gula Merah

Assalamualaikum....


Hari tu,tengah bw terjumpa kuih apam nie, Apam Gula Melaka...kat blog Alkisahku@nasyieen.blogspot.com....tapi saya olah sikit bahannya ...dan saya tukarkan gula melaka kepada gula merah.Sorry ye ..mandai2 pulak saya nie kan!....kalau nak ikutkan stok gula melaka tu ada,cuma malas nak potong@hiris......bila guna gula merah kan senang dan cepat,cuma masak terus dengan air saja.....


Memandangkan saya menggunakan gula merah,so saya kena ubah nama resepi ini kepada Apam Gula Merah.Cumanya, bila saya guna gula merah apam ini kelihatan kecoklatan sikit.Apa-apa pun apam nie sedap dan lembut ........tq pada owner resepi dan mereka2 yang sudi share resepi nie....mohon di cnp yea...



Memandangkan saya buat apam nie lewat petang semalam,so saya tak letak kelapa parut...tapi kalau nak makan baru letak...








Resepi Asal:Che' Iza(http://myresipi.com/top/detail/4153)
Sumber:http://nasyieen.blogspot.com/2010/12/apam-gula-melaka.html




Bahan-bahan:


*1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung gandum
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Cara-cara:

1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

*******************************************************
myda_ahmad

*************************

2 comments:

  1. dah lama dah resepi ni dok terperap dalam word .. tapi x lah nak sampai seru nak buat hihi... tapi kan memang apam ni x merekah eh kat atas tu ..

    ReplyDelete
  2. ha...ah apam nie mmg x merekah...nie apam kampung biasa yg org dulu wat...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....