Saturday, 4 February 2012

Kuih Ketayap berintikan Kari Ayam

 Assalamualaikum dan selamat malam.....masih lagi berjln2 kat blog2 resepi sambil2 mengupdatekan N3 yg terkini.....Kuih ketayap,biasanya berintikan kelapa .....kali nie, saya nak tukar kepada inti kari ayam.
Buat ptg tadi,tp masih ada lagi coz anak2 x suka kuih nie,makan sikit2 sekadar utk merasainya .....

 Terus terang saya katakan,lebih sedap lagi kalau intinya kelapa+gula merah,inti kari nie hanya utk saya mencuba sesuatu yg baru je.....(saya mmg kurang minat sgt kari).
Kuih Ketayap Beintikan Kari Ayam
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum*
1 cawan air*
1 biji telur*
secubit garam*
Pewarna hijau*
Sedikit minyak utk melengser kuali

Intinya:
1/2 cawan isi ayam yg dicincang
1/2 biji kentang-dicincang nipis dan kecil2
1/2 biji bawang besar-dicincang halus
2 biji bawang putih-dicincang halus
3 sk kari ikan babas
sedikit halia-dicincang halus
garam dan bahan perasa
sedikit minyak utk menumis

Cara-caranya:
1.Mula2 kita masakkan intinya dulu.Panaskan minyak,kemudian masukkan bawang merah,bawang putih,halia dan serbuk kari.Masukkan isi ayam,masak sebentar,kemudian baru masukkan kentang.
2.Kemudian masukkan garam dan bahan perasa.Biarkan seketika supaya ayam dan kentang masak.Masak hingga kering sedikit.
3.Satukan bahan2 bertanda * dan blender.
3.Lengserkan  non stick pan dgn sedikit minyak.Kemudian dadarkan adunan.
4.Bila adunan tadi dh masak,masukkan intinya dan gulung.
5.Buat sehingga adunan habis.Sedia dihidang.

Jemput Makan

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....