Wednesday, 15 February 2012

Aiskrim Santan


Assalamualaikum.......pembuka bicara...
Entah kenapa minggu nie terajin lah amat sangat....
Habis 1 resepi,buat pulak resepi yang lain.....moga2 kerajinanku ini janganlah hanya sekerat jalan je...insyaallah ....
Kali nie nak updatekan resepi Aiskrim Santan pulak,ambik dari kak fida @ myresepi.
Terima kasih yea kak,tapi saya buat hanya setengah adunan saja,rasanya sedap lemak berkrim ....dan izinkan saya c&p resepi Aiskrim Santan ini kat blog saya juga....



 Sumber:Kak Fida@myresepi(http://myresipi.com/top/detail/8253)

Bahan-bahan ( 3 liter )

  • 1 tin susu sejat/cair -1/2 cawan susu cair
  • 2 tin susu gula halus (sukat dgn tin susu sejat) -1 cawan gula halus
  • 4 tin susu santan (akak guna 800ml santan Kara + air dan jadikan 4 tin santan) -400ml santan+air dan jadikan 2 cawan santan
  • 1 tin susu air* -1/2 cawan air
  • 6 sb tepung ubi* -3 sb tepung ubi
  • 6 sb susu tepung -3 sb susu tepung
  • perasa dan pewarna seperti choc paste,s'berry paste,jagung krim dan lain2 ikut selera -5 sb milo
  • Chocolate rise saya tambah

Cara-cara

  1.  4 tin santan dimasak mendidih tapi jangan sampai pecah minyak dan sejukkan.
  2. Air* dan tepung ubi di masak hingga pekat dan sejukkan.
  3. Pukul susu sejat dengan gula hingga gula hancur.
  4. Masukkan santan dan adunan tepung berselang-seli sambil dipukul sebati.
  5. Bubuh susu tepung dan pukul terus hingga rata.
  6. Masukkan adunan kedalam sebuah bekas dan simpan dlm freezer hingga beku.
  7. Keluarkan adunan yang telah beku dan pukul lagi kali kedua hingga kelihatan kembang.Pada tahap ini bolehlah diisikan dengan perisa dan pewarna kesukaan dan terus pukul hingga sebati.
  8. Tuangkan semula adunan aiskrim ke dalam bekas dan tutup dan simpan di dalam freezer hingga beku.
  9. Keluarkan aiskrim dan bolehlah dihidangkan.Jika suka boleh jugak dihias dengan choc cair,choc chip atau apa saja ikut selera dan kesukaan anak2.
  10. *** 1 adunan aiskrim santan boleh menghasilkan 3 ltr aiskrim...jika ingin mencube bolehlah cube 1/2 atau 1/4 adunan bahannya... :)
  11. *Tulisan berwarna ungu adalah sukatan yang saya guna untuk membuat Aiskrim 
    Santan ini.*
**************************************************
myda_ahmad

********************

2 comments:

  1. Assalam Myda,
    bestnya baca entri Myda ni, Kak Amie belum pernah buat asikrim sendiri. Anak-anak memang hantu aiskrim. Daripada asyik beli, bagus cuba buat sendiri... macam2 rasa boleh kita buat! Terima kasih Myda sebab sudi kongsi resepi aiskrim!

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak Amie...walaupun sedikit,kata2 dorongan akak nie akan membuatkan saya & blog SMM lebih berkeyakinan lagi dlm berblogging...
    Ha..ah bukan anak je yg suka aikrim santan nie,mak budak pun ikut suka....mmg sedap sgt.lain kali nak buat perisa lain pulak...Kak Amie pun cubalah buat....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....