Tuesday, 15 April 2014

Kentang goreng kicap

 Selamat petang semua...
hari nie dan dikala ini hujan turun lebat kat Bangi diikuti dengan guruh serta angin yg kuat,sehinggakan anak2 takut jadinya mendengarkan guruh2 di langit,masing2 berlari ke arah saya sambil memeluk saya.....dan sejak kebelakangan ini bila petang2 aje mesti hujan...Syukur Alhamdullilah,hujan tu rahmat....

Kepada penggemar2 masakan kentang,hari nie saya nak share resepi yg simple ,mmg cukup simple tapi sedap, nak ratah2 aje pun sedap jugak, nak tambah tempe@soon@tauhu kering pun boleh jugak....Kalau nak tau,inilah menu yg selalu saya sediakan masa zaman2 sekolah dulu....mak sibuk keje,so saya anak perempuan yg sulong kenalah masak sesuatu utk di makan pabila mak balik keje nanti......sekarang nie je yg jarang2 msk coz selalu ayam jer yg penuh kt dlm esbox,kentang dilupakan......Jom semak resepi yg ringkas ini...


KENTANG GORENG KICAP

Bahan-bahan:-

  • 3 biji kentang saiz sederhana,kupas & potong kecil2,jgn terlalu nipis sgt
  • 1@2 biji bawang besar-dihiris
  • 4 ulas bawang putih-dihiris nipis
  • Sedikit ikan bilis
  • 4 biji lada merah-potong menyerong
  • 3 biji cili hijau-jika inginkan pedas
  • Kicap manis
  • Minyak secukupnya


Caranya:-
Panaskan minyak,goreng kentang hingga masak & separuh garing.Angkat & ketepikan.
Gorengkan ikan bilis hingga agak garing,masukkan bwg merah,bwg putih,lada merah dan cili.Goreng hingga sedikit layu.
Masukkan kentang,kacau rata dan tambahkan kicap.Siap dan bolehlah dihidangkan.

2 comments:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....