Wednesday, 2 April 2014

Ayam masak Tempoyak



 Teringat masa gi kembara Tasik Kenyir minggu lepas,time makan ada hidangan ikan patin masak tempoyak atas meja.Yelah gi pun sama2 dgn org N9,tu yg menu tempoyaknya x tinggal....,sebelum nie x makan pun gulai tempoyak.Agaknya lapar sangat, tu yg daripada tak makan tetiba jadi makan..bila makan dgn perut yg lapar berselera pulak,sampai bertambah2 nasi,digandingkan pulak dgn ikan pekasam goreng....fuh!!!siap berpeluh2 lagi menahan kepedasannya....

 Ntahlah maybe pembawaan budak kot,semua nak makan....walaupun dulu2 x pernah masak gulai tempoyak nie,la nie semua nak cuba makan...Rujukan ayam masak tempoyak nie saya jengah2 kat blog kak Rohah.Kalau nak tgk resepi asal bolehlah gi ke blognya yea.....Resepi yg kat sini saya dh kurang2kan coz masak utk sorang makan aje...dan daun kesum tu saya gantikan dgn daun kunyit.


AYAM MASAK TEMPOYAK 
Sumber rujukan:Blog Rohah@Damai Qalbu
Resepi dari Majalah Rasa

Bahan-bahan:
1 cawan isi ayam
1 batang serai-diketuk
Daun kunyit
Garam dan bhn perasa
air asam@asam keping
1 sudu besar tempoyak
1 cawan air

Bahan tumbuk:
1/2 biji bawang sederhana besar
2 ulas bawang putih
5@6 biji cili hijau
Kunyit hidup

Cara memasak:
Satukan bhn tumbuk,serai dan tempoyak ke dlm periuk,gaulkan sebati dgn ayam.
Masukkan air dan masak atas api sederhana sehingga mendidih .Masukkan garam dan bhn perasa.
Masukkan daun kunyit dan didihkan hingga kuah agak pekat.Angkat dan sedia dihidangkan.



Sedap dimakan dgn nasi panas2 dan ketika perut tengah lapar.....


2 comments:

  1. Assalamualaikum myda mengancam habih. terliur....

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    sangat terliur tengok ayam masak tempoyak tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....