Thursday, 20 March 2014

Cendawan Goreng

 Buat cendawan goreng untuk kunyah2,sambil tu sempat jugak mengupdate entry ke 2 untuk hari ini....
Maybe kalau anak2 semua ada kat rumah,dah habis agaknya cendawan goreng sepinggan ini,masih ada lagi berbaki banyak jugak....



CENDAWAN GORENG

Bahannya:-
Tepung beras
tepung jagung
sedikit tepung gandum
serbuk kari
kuib pati ayam Knorr
Sedikit garam
Serbuk lada sulah
Telur
Minyak utk menggoreng

Caranya:-
Carik2kan cendawan,cuci bersih dan toskan.
Pecahkan telur,campurkan dgn cendawan.Kacau sebati,masukkan sikit serbuk lada sulah.
Dalam bekas lain, campurkan semua jenis tepung ,serbuk kari,kiub pati ayam ,garam dan lada sulah.Gaul sebati.Amik sedikit cendawan tadi,gaulkan dgn tepung hingga rata.
Goreng hingga masak dan kekuningan.

2 comments:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....